Philips HR1617 User Manual page 27

Hide thumbs Also See for HR1617:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata
pisaunya amat tajam.
-
Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat
pisau.
awas
-
Matikan perkakas dan cabut plag daripada sesalur kuasa jika anda membiarkannya tanpa dijaga
dan sebelum anda memasang, menanggalkan bahagiannya dan membersihkannya.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
-
Jangan melebihi kuantiti dan masa memproses yang ditunjukkan dalam jadual.
-
Jangan proses lebih daripada 1 kelompok tanpa henti. Biarkan perkakas menyejuk selama 5 minit
sebelum anda meneruskan pemprosesan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Pelindung lampau panas
Perkakas ini dilengkapi pelindung lampau panas. Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia mati secara
automatik. Tanggalkan perkakas dan biarkan ia sejuk selama 5 minit. Kemudian pasang semula plag
sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan hidupkan semula perkakas. Sila hubungi penjual Philips anda
atau pusat servis Philips jika pelindung lampau panas terlalu kerap diaktifkan.
sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan').
Bersedia untuk menggunakan
1
Biarkan bahan-bahan menyejuk sebelum anda mencincang, mengisar atau menuangkannya ke
dalam bikar (suhu maks. 80°C).
2
Potong bahan-bahan yang besar menjadi ketulan kecil anggaran 2cm sebelum anda
memprosesnya.
3
Pasangkan perkakas dengan betul sebelum memasukkan plag ke dalam soket dinding.
Menggunakan perkakas
Pengisar kendalian tangan
Pengisar tangan dimaksudkan untuk:
-
membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup, bancuhan minuman dan minuman kocak.
-
mencampurkan bahan-bahan lembut, contohnya adunan lempeng atau mayones.
-
memurikan bahan yang telah dimasak, misalnya, untuk menyediakan makanan bayi.
1
Masukkan bahan ke dalam balang.
Lihat jadual untuk kuantiti dan masa memproses yang disarankan.
BaHasa MElayu
27

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr1615Hr1614

Table of Contents