LG C199 User Manual page 38

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Jangan dedahkan unit ini kepada
asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek
yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
Gunakan aksesori seperti fon
telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Telefon anda adalah peranti
elektronik yang menjana haba
pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit
dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan
atau melecur sedikit. Oleh itu,
anda hendaklah berjaga-jaga
apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
6
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon
mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, di dalam
poket dada anda.
Sesetengah alat bantu
pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
Sedikit gangguan mungkin akan
memberi kesan kepada TV, radio,
PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan
peraturan mengenai penggunaan
telefon mudah alih di kawasan
tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang
tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
Gunakan kit bebas tangan, jika
tersedia.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents