LG C199 User Manual page 37

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penjagaan dan
penyelenggaraan produk
AMARAN: Hanya
gunakan bateri, pengecas dan
aksesori yang diluluskan untuk
digunakan dengan model
telefon ini sahaja. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon ini,
dan mungkin berbahaya.
Jangan tanggalkan pemasangan
unit ini. Bawa ia kepada
juruteknik servis yang layak jika
kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikian di bawah waranti,
pada pilihan LG, termasuk
bahagian gantian atau papan
baru sama ada ianya baru atau
dipulihkan, hanya jika sekiranya
ia mempunyai fungsi yang sama
seperti bahagian yang akan
diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik
seperti TV, radio, dan komputer
peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan
daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini terdedah
kepada getaran mekanikal atau
kejutan.
Matikan telefon di tempat
larangan telefon mudah alih.
Contohnya, jangan gunakan
telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan
hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon
dengan tangan yang basah
semasa telefon sedang dicas. Ia
boleh menyebabkan terjadinya
renjatan elektrik dan telefon
mungkin akan rosak teruk.
Jangan cas di kawasan
berhampiran bahan mudah
terbakar kerana telefon akan
menjadi panas dan boleh
menyebabkan kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luar
unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau
alkohol).
Jangan cas telefon di atas
perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di
kawasan berpengudaraan baik.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents