LG GX200 User Manual page 43

Hide thumbs Also See for GX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 71
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan
cekap (Bersambung)
Terdedah kepada kuasa frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar penyerapan Khusus
(SAR)
Telefon mudah alih model ini telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini berdasarkan pada garis panduan saintifik
yang memasukkan margin keselamatan untuk memastikan keselamatan
semua orang, tidak kira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon
LG, ia semua direka bentuk untuk memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection)
(ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10)
gram tisu.
• Nilai SAR tertinggi untuk model ini yang telah diuji oleh DASY4 untuk
kegunaan pada telinga/badan ialah [ 0.870 / 0.988 ] W/kg (10g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan
Elektronik (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu 1 gram tisu.
19

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents