LG GX200 User Manual page 42

Hide thumbs Also See for GX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 71
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan
cekap (Bersambung)
Kanak-kanak
Pastikan telefon di tempat selamat dan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika
ia ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian
selular. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana
telefon untuk panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat
tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri yang lain, tiada kesan memori yang
boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk
untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka atau litar pintaskan pek bateri.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh
diterima. Pek bateri mungkin dicas semula beratus kali sebelum ia perlu
diganti.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung
atau gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Risiko meletup jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang.
18

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents