Sambungan Pc Dengan Kabel Data Pc - LG E615 User Manual

Hide thumbs Also See for E615:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sambungan PC dengan kabel
data PC
Ketahui cara untuk menyambungkan
peranti anda ke PC dengan kabel data
PC dalam mod sambungan USB. Dengan
menyambungkan telefon anda ke PC, anda
boleh memindahkan data secara langsung
ke dan dari peranti anda dan menggunakan
program perisian PC (LG PC Suite).
Segerakkan telefon anda dengan
komputer anda
Untuk menyegerak telefon dengan PC
anda menggunakan kabel USB, anda perlu
memasang perisian PC (LG PC Suite) pada
PC anda terlebih dahulu. Muat turun atur
cara dari laman web LG (www.lg.com).
1
Gunakan kabel data USB untuk
menyambung telefon anda kepada PC.
Senarai jenis sambungan USB akan
muncul, kemudian pilih perisian LG.
2
Jalankan atur cara LG PC Suite daripada
PC anda. Rujuk kepada bantuan perisian
PC (LG PC Suite) untuk mendapatkan
maklumat lanjut.
NOTA: Pemacu USB bersepadu LG
diperlukan untuk menyambungkan
peranti LG ke PC. Ia dipasang secara
automatik apabila anda memasang
perisian PC "LG PC Suite".
Memindahkan muzik, foto dan video
menggunakan mod storan massa USB
1
Sambung LG-E615 ke PC menggunakan
kabel USB.
2
Jika anda belum memasang Pemacu
Platform Android LG pada PC anda,
anda akan dikehendaki menukar tetapan
secara manual. Pilih Tetapan sistem >
Kesambungan > jenis Sambungan
USB , kemudian pilih Penyegerakan
media (MTP).
3
Anda boleh melihat kandungan
penyimpanan massa pada PC anda dan
pindahkan fail tersebut.
NOTA: Jika anda telah memasang
LG Android Platform Driver (Pemacu
Platform Android LG), anda akan melihat
pop timbul dengan mesej Hidupkan
storan USB dengan serta-merta.
Bersegerak dengan Windows Media
Player
Pastikan Windows Media Player dipasang
pada PC anda.
1
Dengan kabel USB, sambungkan telefon
ke PC dengan Windows Media Player
telah dipasang.
2
Pilih pilihan Penyegerakan media
(MTP). Apabila bersambung, tetingkap
pop timbul akan muncul pada PC.
35

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents