Sony DSC-TX7 Instruction Manual page 89

Cyber-shot digital still camera
Hide thumbs Also See for DSC-TX7:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Penggunaan kamera di lokasi-lokasi berpasir atau berhabuk mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan
kamera.
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan
pincang tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu,
media rakaman mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin
rosak.
• Bersihkan permukaan denyar sebelum digunakan. Haba pancaran denyar
mungkin menyebabkan habuk pada permukaan denyar berubah warna atau
melekat pada permukaan denyar, mengakibatkan pancaran cahaya tidak
mencukupi.
Nota-nota mengenai skrin LCD
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi.
Oleh itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan
berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/atau titik
terang (berwarna putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin
LCD. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak
menjejas rakaman.
• Jika titisan air atau cecair lain terpercik pada skrin LCD dan membuatnya
basah, lap skrin dengan segera dengan menggunakan kain lembut. Kualiti
boleh terjejas dan pincang tugas mungkin berlaku jika cecair ditinggalkan
pada permukaan skrin LCD.
• Jangan tekan skrin LCD. Skrin mungkin menjadi nyahwarna dan ini
mungkin menyebabkan pincang tugas.
Sila gunakan aksesori tulen Sony
Jika anda menggunakan aksesori yang dibuat oleh syarikat selain Sony, ini
boleh mengakibatkan masalah kepada kamera.
• Menggunakan bekas kamera pengeluar lain yang bermagnet boleh
menyebabkan masalah bekalan kuasa.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas kerana digunakan secara
berterusan, tetapi ini bukan pincang tugas.
Mengenai perlindungan terlebih panas
Bergantung pada kamera dan suhu bateri, anda mungkin tidak dapat merakam
wayang atau kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi
kamera.
Mesej dipaparkan pada skrin LCD sebelum kuasa dimatikan atau anda tidak
lagi boleh merakam wayang.
MY
7
MY

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents