Sony DSC-TX7 Instruction Manual page 88

Cyber-shot digital still camera
Hide thumbs Also See for DSC-TX7:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sokongan ingatan dalaman dan kad ingatan
Jangan matikan kamera, keluarkan pek bateri, atau keluarkan kad ingatan
ketika lampu akses menyala. Jika tidak, data ingatan dalaman atau kad ingatan
mungkin rosak. Pastikan untuk membuat salinan sokongan untuk melindungi
data anda.
Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
Manual ini memerihalkan fungsi peranti serasi/tak serasi TransferJet, peranti
serasi 1080 60i dan peranti serasi 1080 50i.
Untuk menyemak sama ada kamera anda menyokong fungsi TransferJet, dan
sama ada ia adalah peranti serasi 1080 60i atau peranti serasi 1080 50i, semak
tanda-tanda yang berikut di bahagian bawah kamera.
Peranti serasi TransferJet:
Peranti serasi 1080 60i: 60i
Peranti serasi 1080 50i: 50i
Pada fail pangkalan data
Apabila anda memasukkan kad ingatan tanpa fail pangkalan data ke dalam
kamera dan menghidupkan kuasa, sebahagian daripada kapasiti kad ingatan
akan digunakan untuk mencipta fail pangkalan data secara automatik. Anda
mungkin perlu menunggu seketika sebelum anda boleh melaksanakan operasi
seterusnya.
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
• Untuk memastikan operasi kad ingatan yang stabil, kami mencadangkan
anda menggunakan kamera ini untuk memformat mana-mana kad ingatan
yang digunakan dengan kamera ini pada kali pertama. Ambil perhatian
bahawa pemformatan akan memadam semua data yang dirakam pada kad
ingatan. Data ini tidak boleh dikembalikan. Pastikan anda membuat sandaran
apa-apa data penting ke PC atau lokasi storan yang lain
• Jika anda merakam/memadam imej berulang kali, fragmentasi data mungkin
berlaku pada kad ingatan. Wayang mungkin tidak dapat disimpan atau
dirakam. Dalam keadaan sedemikian, simpan imej anda ke PC atau lokasi
storan yang lain, kemudian [Format].
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis-percikan, mahupun kalis-air. Baca
"Langkah berjaga-jaga" (muka surat 23) sebelum mengoperasi kamera.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang
tugas mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jangan gunakan kamera berhampiran dengan lokasi yang menjana
gelombang radio yang kuat atau memancarkan radiasi. Jika tidak, kamera
mungkin tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
6
MY
(TransferJet)

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents