LG H340 User Manual page 98

Hide thumbs Also See for H340:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pastikan sentuhan logam bateri bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar
semula yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau
wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan
dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Maklumat Notis Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber di bawah GPL, LGPL, MPL dan lesen
sumber terbuka lain yang terkandung dalam produk ini, sila lawati
http://opensource.lge.com.
Selain kod sumber, semua terma lesen yang dirujuk, penafian waranti dan
notis hak cipta tersedia untuk dimuat turun.
LG Electronics juga akan memberikan kod sumber terbuka kepada anda
dalam CD-ROM dengan bayaran yang termasuk membiayai kos pengedaran
(seperti kos media, pengiriman dan pengendalian) apabila menerima
permintaan e-mel yang dikirimkan kepada opensource@lge.com. Tawaran ini
sah selama tiga (3) tahun dari tarikh anda membeli produk tersebut.
10
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents