Sambungan Dengan Peranti Kedua; Memakai Jabra B620S Anda; Bagaimana Untuk; Bagaimana Memainkan Muzik Dalam Stereo - Jabra BT 620s User Manual

Hide thumbs Also See for BT 620s:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3. Telefon anda akan menemui Jabra BT620s
Telefon anda atau peranti lain akan bertanyakan sama ada anda ingin berpasangan
dengannya, terima dengan "Ya" atau "ok" dan sahkan dengan kunci laluan atau PIN
= ! 0000 (4 sifar)
Telefon anda atau peranti lain akan mengesahkan apabila pemasangan telah selesai. Jika
pemasangan tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 3.
5

Sambungan dengan peranti kedua

Anda boleh sambung BT620s anda pada dua peranti, membolehkan muzik dimainkan
dan telefon disambung pada masa yang sama.
Rujuk pada manual PC/pemain MP3/telefon anda untuk butiran berkenaan pasangan/
sambungan peranti kedua.
6

Memakai Jabra B620s anda

Jabra BT620s anda direkacipta untuk pemakaian yang selesa dengan gelang leher di
belakang kepala anda. Mikrofon diintegrasikan dengan alat pendengaran telinga kanan
dan Pemprosesan Isyarat Digital digunakan untuk mengambil dan memproses suara
anda dengan jelas.
7

Bagaimana untuk...

Menjawab panggilan
Ketik butang jawab/tamat pada set kepala untuk menjawab panggilan.
Menamatkan panggilan
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.
Menolak panggilan*
Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak panggilan masuk.
Bergantung pada pengesetan telefon anda, orang yang memanggil anda sama ada akan
dialihkan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk.
Membuat panggilan
Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan tersebut akan
(tertakluk kepada pengesetan telefon) akan dipindahkan secara automatik ke set kepala
anda.
68
Aktifkan dailan suara*
Ketik butang jawab/tamat dan sebutkan nama. Untuk hasil yang terbaik, rakam tag
dailan suara ketika anda sedang memakai set kepala. Sila rujuk manual pengguna
telefon anda untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan ciri ini.
Dailan semula nombor terakhir*
Tekan butang jawab/tamat.
Panggilan menunggu dan menunda panggilan*
Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan dan menjawab
panggilan yang sedang masuk.
Tekan butang jawab/tamat sekali untuk mengaktifkan panggilan ditunda dan
menjawab panggilan yang masuk
Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua panggilan
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif
Melaraskan bunyi dan kelantangan
Tekan kelantangan naik atau turun (+ atau -) untuk melaraskan kelantangan.
Lihat rajah 1.
*Bergantung kepada telefon
8

Bagaimana memainkan muzik dalam stereo

Apabila bersambung melalui Bluetooth ke peranti stereo anda, Jabra BT620s mencapai
potensi maksimumnya. Sebelah kanan Jabra BT620s anda adalah khas untuk
penggunaan ketika memainkan muzik dalam stereo. Butang-butang ini akan berfungsi
apabila peranti yang anda sambungkan boleh menampung profil kawalan jauh
Bluetooth (AVRCP) – Lihat daftar kata untuk maklumat lanjut.
Butang utama tengah di sebelah kanan peranti ialah butang Main. Di atas terdapat
butang-butang Langkau Ke Depan
dan Langkau Ke Belakang
Untuk memulakan Main
Pastikan set kepala anda disambungkan kepada profil Audio Canggih
Ketik butang Main sekali
Untuk Tangguh
Ketik butang Main – ketik sekali lagi untuk meneruskan main
Untuk Henti
Tekan Lama butang Main
.
69

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents