Electrolux EWW12842 User Manual page 61

Hide thumbs Also See for EWW12842:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kotoran gris kering: lembapkan
dengan turpentin, bentangkan
pakaian tersebut di atas permukaan
yang lembut dan pedabkan tanda
kotoran dengan hujung jari dan
sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam
air panas atau produk penghapus
karat digunakan dalam air sejuk.
Berhati-hati dengan tanda karat
yang sudah lama kerana struktur
selulosanya telah rosak dan pakaian
mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam:
lembapkan dengan aseton(*),
bentangkan di atas kain lembut
dan pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton
(*) seperti di atas, kemudian
bersihkan kotoran dengan spirit
bermetil. Hapuskan sisa tanda
daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air
dan detergen, bilas dan bersihkan
dengan asid asetik atau sitrik,
kemudian bilas. Bersihkan
sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis
dakwat, lembapkan pakaian dahulu
dengan aseton (*), kemudian dengan
asid asetik; bersihkan sebarang
tanda sisa pada pakaian putih
dengan peluntur dan kemudian bilas
dengan bersih.
Kotoran tar: bersihkan dahulu
dengan penghapus kotoran, spirit
bermetil atau benzin, kemudian
gosokkannya dengan pes
detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada
sutera buatan.
8.6 Detergen dan Perapi
Tambahan
Hasil cucian yang baik juga bergan-
tung kepada pemilihan detergen dan
penggunaan jumlah detergen yang
betul untuk mengelakkan pembazi-
ran dan melindungi alam sekitar.
Meskipun detergen adalah mesra
alam, ia mengandungi bahan yang,
boleh menjejaskan keseimbangan
alam, kalau digunakan dalam
jumlah yang besar.
Pemilihan detergen akan bergan-
tung kepada jenis kain (bahan
halus, bahan wul, kapas, dsb),
warna, suhu cucian dan takat
kotoran.
Hanya detergen pencuci muatan
Hadapan yang rendah buih
boleh digunakan dalam
perkakas ini:
detergen serbuk bagi semua
jenis kain,
detergen serbuk bagi kain halus
(60 °C maks.) dan bahan wul,
detergen cecair, sebaiknya bagi
program basuh suhu rendah (60
°C maks.) bagi semua jenis kain,
atau khas bagi bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan
mesti diisikan ke dalam petak yang
sesuai di laci dispenser sebelum
memulakan program basuh.
MELAYU
61

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Eww12742Eww12932

Table of Contents