Philips FC6161 User Manual page 61

Cordless handstick vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for FC6161:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
pembersihan menyeluruh
Anda boleh membersihkan unit penuras dengan menyeluruh menggunakan cara berikut:
1
Pegang perkakas di atas tong sampah, tekan butang pelepas petak habuk (1) dan keluarkan
petak habuk (2) (Gamb. 17).
2
Keluarkan unit turas dari bekas habuk (Gamb. 18).
3
Putar penuras luar mengikut arah jam (1) dan keluarkannya dari pemegang
penuras (2) (Gamb. 22).
4
Putar penuras dalam mengikut arah jam (1) dan keluarkannya dari pemegang
penuras (2) (Gamb. 23).
5
Bersihkan penuras dalam dan penuras luar dengan berus atau pembersih vakum biasa jika ia
terlalu kotor.
Nota: Jika perlu, anda boleh membersihkan penuras dalam dan penuras luar dengan air sejuk atau
suam. Keringkan penuras dalam dan penuras luar sepenuhnya sebelum anda menggunakan semula unit
penuras ini.
6
Kembalikan penuras dalam ke atas pemegang penuras (1) dan putar melawan arah jam untuk
memasangnya (2). (Gamb. 24)
7
Kembalikan penuras luar ke atas pemegang penuras (1) dan putar melawan arah jam untuk
memasangnya (2). (Gamb. 25)
8
Letakkan semula unit penuras ke dalam petak habuk (Gamb. 26).
Nota: Pastikan anda memasukkan unit penuras dengan cara yang betul. Perkataan 'up' hendaklah
menunjuk ke atas ke aras bahagian atas petak habuk.
9
Untuk memasang semula petak habuk, jajarkan slot pada petak habuk dengan unjuran pada
pembersih vakum kendalian tangan tersebut. Mula-mula, pasang bahagian bawah petak
habuk (1) dan kemudian tolak bahagian atas petak habuk ke arah pembersih vakum (2)
sehingga ia terkunci di tempatnya ('klik'). (Gamb. 20)
Membersihkan sendi muncung lantai
Sendi muncung lantai mungkin akan tersekat oleh bahan kotoran yang besar. Ikuti langkah di bawah
untuk membersihkan sendi ini.
1
Tekan butang hidup/mati pada unit batang untuk mematikan perkakas.
2
Tekan butang pelepasan (1) pembersih vakum kendalian tangan dan tanggalkan pembersih
vakum kendalian tangan daripada unit batang (2) (Gamb. 11).
3
Tekan butang pelepas muncung lantai (1) untuk menanggalkan batang daripada muncung
lantai (2) (Gamb. 27).
4
Keluarkan bahan kotoran yang besar daripada sendi ini.
5
Kembalikan batang ke atas muncung lantai ('klik').
Membersihkan berus pembersih.
Sekiranya lampu 'berus tersekat' mula berkelip merah, maka berus golek telah tersekat. Jika ini
berlaku, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membersihkan berus golek.
1
Tekan butang hidup/mati pada unit batang untuk mematikan perkakas.
2
Tekan butang pelepasan (1) pembersih vakum kendalian tangan dan tanggalkan pembersih
vakum kendalian tangan daripada unit batang (2) (Gamb. 11).
Bahasa MElayu
61

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents