Olympus SZ-14 Basic Manual page 37

Hide thumbs Also See for SZ-14:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Kendalikan kamera dengan berhati-hati untuk mengelakkan
daripada mengalami kelecuran suhu rendah.
• Apabila kamera mengandungi bahagian logam, haba yang
berlebihan boleh menghasilkan kelecuran suhu rendah. Beri
perhatian kepada perkara berikut:
• Kamera akan menjadi panas apabila digunakan untuk tempoh
yang lama. Jika anda memegang kamera semasa ia panas,
kelecuran suhu rendah mungkin akan terjadi.
• Di tempat-tempat yang amat sejuk, suhu badan kamera mungkin
lebih rendah daripada suhu persekitaran. Jika boleh, pakai sarung
tangan semasa mengendalikan kamera dalam persekitaran sejuk.
• Berhati-hati semasa menggunakan tali pembawa.
• Berhati-hati dengan tali pembawa apabila anda membawa
kamera. Ia boleh tersangkut pada objek-objek yang terbiar dan
menyebabkan kerosakan serius.
• Sebelum mengangkut kamera, alihkan tripod dan semua aksesori
bukan OLYMPUS yang lain.
Langkah Berjaga-jaga semasa
Mengendalikan Bateri
Ikut garis panduan penting ini untuk mencegah bateri daripada
menjadi bocor, terlampau panas, terbakar, meletup atau
menyebabkan kejutan elektrik atau kelecuran.
BAHAYA
• Kamera ini menggunakan bateri ion litium yang ditentukan oleh
Olympus. Cas bateri menggunakan penyesuai USB-AC atau
pengecas yang ditetapkan. Jangan gunakan mana-mana penyesuai
USB-AC atau pengecas yang lain.
• Jangan panaskan atau bakar bateri.
• Ambil langkah berjaga-jaga semasa membawa atau menstor bateri
untuk mencegah ia daripada bersentuhan terus dengan apa-apa
objek logam seperti barang kemas, pin, penyepit dll.
• Jangan sekali-kali menyimpan bateri di mana ia akan terdedah
kepada cahaya matahari secara terus atau suhu yang tinggi dalam
kenderaan yang panas, berdekatan sumber haba dll.
• Untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran atau kerosakan
pada terminal bateri, ikut semua arahan berkenaan penggunaan
bateri dengan teliti. Jangan sekali-kali cuba untuk menyahpasang
bateri atau mengubahsuai dalam apa jua cara, memateri dll.
• Jika cecair bateri memasuki mata anda, bilas mata anda dengan
serta-merta dengan menggunakan air sejuk yang bersih dari paip dan
dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Pastikan bateri sentiasa disimpan di luar jangkauan kanak-kanak
kecil. Jika seorang kanak-kanak tertelan bateri dengan tidak sengaja,
dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Jika anda tidak dapat mengeluarkan bateri dari kamera, hubungi
pengedar atau pusat perkhidmatan yang sah. Jangan cuba
mengeluarkan kad secara kasar.
Kerosakan kepada bahagian luar kamera (calar, dsbnya.) boleh
menghasilkan haba atau suatu letupan.
Basic_B_d4519.indb 37
Basic_B_d4519.indb 37
AMARAN
• Pastikan bateri kering pada setiap masa.
• Untuk mencegah bateri daripada mengalami kebocoran, menjadi
terlampau panas, atau menyebabkan kebakaran atau letupan,
gunakan bateri yang disarankan untuk produk ini sahaja.
• Sisipkan bateri dengan berhati-hati seperti yang diterangkan dalam
arahan pengoperasian.
• Jika bateri boleh cas semula itu tidak tercas semula dalam tempoh
yang ditentukan, hentikan pengecasan dan jangan guna bateri
tersebut.
• Jangan gunakan bateri jika ia retak atau pecah.
• Jika bateri bocor, berubah warna atau berubah bentuk, atau menjadi
luar biasa dalam apa jua cara semasa pengoperasian, hentikan
penggunaan kamera.
• Jika cecair bateri bocor dan terkena pakaian atau kulit anda,
tanggalkan pakaian dan basuh bahagian yang dimaksudkan dengan
air sejuk yang bersih dari paip dengan segera. Jika cecair itu
melecurkan kulit anda, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Jangan sekali-kali mengenakan hentakan yang kuat atau getaran
yang berterusan pada bateri.
BERHATI-HATI
• Sebelum memasukkan bateri, pastikan sama ada bateri bocor,
berubah warna, meleding atau luar biasa dalam apa jua cara.
• Bateri mungkin menjadi panas jika digunakan untuk masa yang lama.
Untuk mengelakkan kelecuran kecil, jangan keluarkan bateri dengan
serta-merta selepas menggunakan kamera.
• Pastikan bateri dikeluarkan daripada kamera sebelum kamera
disimpan untuk tempoh yang lama.
• Kamera ini menggunakan satu bateri ion litium Olympus
(LI-50B). Bateri jenis lain tidak boleh digunakan.
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis bateri yang
tidak betul.
• Semasa menyimpan bateri untuk tempoh yang lama, pilih lokasi yang
dingin untuk menyimpannya.
• Sila kitar semula bateri untuk membantu menjimatkan sumber asli
planet kita. Apabila membuang bateri yang telah haus, pastikan
terminal-terminalnya ditutup dan sentiasa patuhi undang-undang dan
peraturan-peraturan tempatan.
• Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan telah direka bentuk untuk
digunakan pada kamera ini sahaja. Kamera tidak boleh dicas dengan
penyesuai USB-AC ini.
• Jangan sambungkan penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan
kepada peralatan lain kecuali kamera ini.
• Untuk penyesuai USB-AC jenis palam:
Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan bertujuan untuk
diorientasikan dengan betul dalam kedudukan pasang menegak atau
pasang lantai.
BM
37
2011/11/02 16:09:41
2011/11/02 16:09:41

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents