Olympus VG-160 User Manual page 42

Hide thumbs Also See for VG-160:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pembersihan — Sentiasa cabut plag produk ini dari outlet dinding sebelum
pembersihan. Gunakan kain yang lembap untuk pembersihan. Jangan
sekali-kali menggunakan apa-apa jenis cecair atau cecair pencuci aerosol,
atau apa-apa jenis pelarut organik untuk membersihkan produk ini.
Lampiran — Untuk keselamatan anda dan untuk mengelak daripada
merosakkan produk, gunakan hanya aksesori yang disarankan oleh
Olympus sahaja.
Air dan Kelembapan — Untuk langkah berjaga-jaga dengan reka bentuk
yang tahan cuaca, baca seksyen-seksyen berkenaan ciri tahan cuaca.
Lokasi — Untuk mengelak daripada merosakkan produk, pasangkan produk
dengan rapi pada tripod, penegak atau pendukung yang stabil.
Sumber Kuasa — Sambungkan produk ini hanya kepada sumber kuasa yang
diterangkan pada label produk.
Petir — Jika ribut petir berlaku semasa penyesuai USB-AC sedang
digunakan, cabutkan dari outlet dinding dengan serta-merta.
Objek Asing — Untuk mengelakkan kecederaan, jangan sekali-kali
menyisipkan objek logam ke dalam produk.
Haba — Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan produk ini
berdekatan apa-apa sumber haba seperti radiator, pendaftar haba, dapur,
atau apa-apa jenis peralatan atau perkakas yang menghasilkan haba,
termasuk pembesar suara stereo.
Mengendalikan Kamera
AMARAN
Jangan gunakan kamera berdekatan dengan gas yang mudah terbakar
atau mudah meletup.
Jangan gunakan denyar dan LED (seperti pencahaya AF) pada manusia
(bayi, kanak-kanak kecil, dll.) pada jarak yang dekat.
Anda mesti berada sekurang-kurangnya 1 m dari muka subjek anda.
Menyalakan denyar terlalu dekat dengan mata subjek boleh menyebabkan
kehilangan penglihatan untuk sementara waktu.
Jauhkan kanak-kanak kecil dan bayi daripada kamera.
Pastikan anda menggunakan dan menyimpan kamera di luar jangkauan
kanak-kanak kecil dan bayi untuk mencegah daripada berlakunya
kecederaan serius yang disebabkan situasi berbahaya berikut:
Terbelit dalam tali pembawa kamera sehingga menyebabkan penjerutan.
Tertelan bateri, kad atau bahagian-bahagian kecil yang lain secara
tidak sengaja.
Menyalakan denyar ke mata sendiri atau mata kanak-kanak lain dengan
tidak sengaja.
Dicederakan oleh bahagian-bahagian kamera yang boleh bergerak
secara tidak sengaja.
Jangan tengok matahari atau lampu-lampu yang terang dengan kamera.
Jangan guna atau storkan kamera di tempat-tempat yang berhabuk
atau lembap.
Jangan menutup denyar dengan tangan semasa denyar menyala.
Gunakan kad memori SD/SDHC sahaja. Jangan gunakan jenis–jenis
kad yang lain.
Jika anda memasukkan jenis kad yang lain ke dalam kamera, hubungi
pengedar sah atau pusat perkhidmatan. Jangan cuba mengeluarkan kad
secara kasar.
42 BM
B05_Basic_d4478-79-80_bm.indd 42
B05_Basic_d4478-79-80_bm.indd 42
BERHATI-HATI
Hentikan penggunaan kamera dengan serta-merta jika anda menyedari
apa-apa bau, bunyi atau asap yang luar biasa di sekitarnya.
Jangan sekali-kali mengeluarkan bateri dengan tangan sahaja kerana ini
boleh menyebabkan kebakaran atau melecurkan tangan anda.
Jangan sekali-kali memegang atau mengendalikan kamera dengan
tangan yang basah.
Jangan biarkan kamera di tempat-tempat di mana ia mungkin terdedah
pada suhu yang amat tinggi.
Tindakan demikian boleh menyebabkan kemerosokan pada bahagian-
bahagian kamera dan menyebabkan kamera terbakar dalam sesetengah
keadaan. Jangan gunakan penyesuai USB-AC jika ia terselubung
(contohnya dengan selimut). Ini mungkin akan menghasilkan haba yang
berlebihan dan mengakibatkan kebakaran.
Kendalikan kamera dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada
mengalami kelecuran suhu rendah.
Apabila kamera mengandungi bahagian logam, haba yang berlebihan
boleh menghasilkan kelecuran suhu rendah. Beri perhatian kepada
perkara berikut:
Kamera akan menjadi panas apabila digunakan untuk tempoh yang lama.
Jika anda memegang kamera semasa ia panas, kelecuran suhu rendah
mungkin akan terjadi.
Di tempat-tempat yang amat sejuk, suhu badan kamera mungkin lebih
rendah daripada suhu persekitaran. Jika boleh, pakai sarung tangan
semasa mengendalikan kamera dalam persekitaran sejuk.
Berhati-hati semasa menggunakan tali pembawa.
Berhati-hati dengan tali pembawa apabila anda membawa kamera.
Ia boleh tersangkut pada objek-objek yang terbiar dan menyebabkan
kerosakan serius.
Langkah Berjaga-jaga semasa
Mengendalikan Bateri
Ikut garis panduan penting ini untuk mencegah bateri daripada menjadi
bocor, terlampau panas, terbakar, meletup atau menyebabkan kejutan
elektrik atau kelecuran.
BAHAYA
Kamera ini menggunakan bateri ion litium yang ditentukan oleh Olympus.
Cas bateri menggunakan penyesuai USB-AC yang ditetapkan. Jangan
gunakan apa-apa penyesuai USB-AC yang lain.
Jangan panaskan atau bakar bateri.
Ambil langkah berjaga-jaga semasa membawa atau menstor bateri untuk
mencegah ia daripada bersentuhan terus dengan apa-apa objek logam
seperti barang kemas, pin, penyepit dll.
Jangan sekali-kali menyimpan bateri di mana ia akan terdedah kepada
cahaya matahari secara terus atau suhu yang tinggi dalam kenderaan yang
panas, berdekatan sumber haba dll.
Untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran atau kerosakan
pada terminal bateri, ikut semua arahan berkenaan penggunaan bateri
dengan teliti. Jangan sekali-kali cuba untuk menyahpasang bateri atau
mengubahsuai dalam apa jua cara, memateri dll.
2010/11/25 15:14:55
2010/11/25 15:14:55

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents