Download Print this page

Philips InfraCare HP3631 User Manual page 27

Hide thumbs Also See for InfraCare HP3631:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tempoh penggunaan
Tempoh penggunaan bergantung pada individu dan jenis penggunaan. Kami mengesyorkan beberapa
penggunaan singkat sehari, contohnya, 2 kali penggunaan selama 15 minit, pada beberapa hari
berturutan untuk mendapatkan hasilnya.
Sentiasa merujuk kepada doktor anda sekiranya berasa ragu!
Menggunakan pemanas inframerah
1
Masukkan plag ke dalam soket dinding.
2
Hidupkan perkakas dengan menekan butang hidupkan/matikan. Cahaya butang kuasa hijau
akan menyala (Gamb. 11).
3
Tetapkan masa penggunaan yang dikehendaki (0-99 minit) dengan menekan butang pemasa.
Teruskan menekan butang untuk melaraskan masanya dengan lebih cepat. Masa yang
ditetapkan akan dipaparkan pada paparan pemasa.
Dua saat selepas melepaskan butang pemasa, pemasa mula mengira detik dalam minit.
,
Minit yang terakhir akan dipaparkan dalam saat. Semasa pengiraan, detik baki masa akan
berkelip pada paparan.
Apabila masa yang ditetapkan telah berlalu, anda akan mendengar bip berselang-selang dan 00
,
akan berkelip pada paparan.
-
Tekan butang pemasa untuk menghentikan bunyi bip.
-
Jika anda tidak menekan butang pemasa, bunyi bip akan berhenti secara automatik selepas 45 saat.
Untuk menukar masa yang ditetapkan semasa penggunaan, teruskan menekan butang pemasa
,
selama dua saat sehingga 00 muncul pada paparan. Kemudian gunakan butang pemasa untuk
menetapkan masa penggunaan yang baru.
Nota: Pemasa tidak akan mematikan perkakas. Ia hanya memberi isyarat bahawa masa yang
ditetapkan telah berlalu.
Pembersihan
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum mencucinya.
Jangan sekali-kali gunakan cecair yang melelas seperti agen penyentalan, minyak petrol atau aseton
untuk membersihkan perkakas.
1
Bersihkan bingkai lampu dan tapaknya dengan kain yang lembap. Jangan biarkan air mengalir ke
dalam perkakas.
2
Anda boleh membersihkan bahagian luar penuras dengan kain lembut yang direnjiskan dengan
spirit kermetil.
Penyimpanan
Jangan biarkan kord tersentuh penuras apabila ia panas.
1
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum anda
menyimpannya.
-
Sentiasa angkat atau bawa perkakas dengan pemegangnya (Gamb. 12).
2
Simpan perkakas di tempat yang kering.
BAHASA MELAYU
27

Hide quick links:

Advertisement

loading