Download Print this page

Philips InfraCare HP3631 User Manual page 26

Hide thumbs Also See for InfraCare HP3631:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
26
Medan elektromagnet (EMF)
Produk Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Menggunakan perkakas
Ilmu berkaitan - Penggunaan pemanas inframerah
Pemanas inframerah mengeluarkan lampu inframerah yang menembusi jauh ke dalam kulit dan
memanaskan tisu.
Kehangatan memoduletkan isyarat neuron ke otak dan dengan cara ini mengurangkan kesakitan.
Pemanasan merangsang peredaran darah dan mengembangkan saluran darah, dengan itu
mempercepatkan pengangkutan bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu -
tisu badan. Cahaya inframerah juga mempercepatkan proses metabolik serta penyingkiran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu lebih mudah dilentur, kepanasan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih fleksibel.
Disebabkan kesan ini, penggunaan pemanas inframerah boleh melegakan kesakitan yang disebabkan
oleh masalah otot dan sendi.
Aplikasi Kemungkinan:
-
Kelegaan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang
-
Kelegaan untuk sakit bahagian bawah belakang (lumbago)
-
Kelegaan ruam sejuk
-
Persediaan untuk mengurut
-
Kelegaan sakit terseliuh dan lebam
-
Untuk melegakan sakit, contohnya daripada penyakit reumatik
Penyediaan untuk menggunakan pemanas inframerah
1
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
2
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-
kurangnya 25 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau (Gamb. 5).
Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.
-
Untuk memanaskan sengal bahu, sengal leher atau bahagian atas belakang anda, letakkan
perkakas di atas meja, condongkan bingkai lampu ke belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku
dengan menghadapkan belakang anda ke arah lampu (Gamb. 6).
-
Untuk memanaskan sakit bahagian bawah belakang, letakkan perkakas di atas meja di sebelah
kerusi. Duduk di atas kerusi atau bangku dengan belakang anda menghadap ke arah lampu (Gamb. 7).
-
Untuk memanaskan siku yang sengal, letakkan perkakas di atas meja dan duduk di sebelahnya (Gamb. 8).
-
Letakkan perkakas di atas meja di sebelah katil dan baring di atas katil dengan sebelah kaki ditarik
ke atas untuk memanaskan lutut yang sengal (Gamb. 9).
3
Laraskan arah pancaran cahaya dengan mencondongkan bingkai lampu ke hadapan atau ke
belakang (Gamb. 10).
4
Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
-
Pada jarak sejauh 30-40cm dari badan, perkakas ini memanaskan bahagian sebesar lebih kurang
40 cm kali 30 cm (lebar x tinggi). Pada jarak yang lebih jauh, kawasan panas menjadi lebih besar
dan cahaya lampu serta intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat, kawasan
panas lebih kecil dan cahaya lampu serta intensiti haba menjadi lebih kuat.
-
Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada
tersentuh dengan penuras yang panas.
-
Pilih jarak untuk mendapatkan haba yang selesa.
Nota: Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah beberapa minit
ia dipasang. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh ini.

Hide quick links:

Advertisement

loading