Hitachi RAC-VX10CF Operation Manual page 37

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGENDALIAN
Jangan gunakan alat ini sebagai tempat menyimpan makanan, haiwan
dan tumbuhan, peralatan canggih, barangan seni dan ubat-ubatan.
Jangan halakan udara yang keluar dari penyaman udara ini ke arah
peralatan pembakaran kerana akan menyebabkan pembakaran tidak
lengkap.
Jangan pancurkan air ke atas penyaman udara semasa membersihkannya
kerana mungkin mengakibatkan berlakunya litar pintas.
!
Sila padamkan suis dan cabutkan plag semasa membersihkan penyaman
udara kerana kipas dalam penyaman udara yang berpusing dengan laju
P
boleh mencederakan.
E
R
H
A
T
I
A
Jangan berdiri di atas unit luar bilik atau meletakkan beban di atasnya.
N
Jangan letakkan haiwan atau tumbuhan di tempat angin bertiup keluar
kerana akan mendatangkan kesan buruk terhadap haiwan atau tumbuhan.
Jangan pasangkan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang semasa pintu dan tingkap
terbuka (kelembapan dalam bilik melebihi 80%), serta semasa pengawal aliran udara hala ke
bawah atau pengawal aliran udara beroperasi secara automatik. Jika tidak, air akan terkondensasi
pada pengawal aliran udara mendatar dan akan menitis ke bawah dan membasahi perkakas
rumah.
Jika terdapat sumber haba yang melebihi kapasiti penyaman udara (terdapat terlalu ramai orang
atau menggunakan alat pemanasan), suhu dalam bilik tidak akan mencapai suhu yang ditetapkan.
Penggunaan alat ini dibenarkan untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang-orang
kurang keupayaan deria, fi zikal atau mental, serta orang-orang yang kurang berpengalaman dan
berpengetahuan jika mereka menggunakannya di bawah penyeliaan atau mereka telah diberikan
arahan mengenai penggunaan alat ini secara selamat dan mematuhi langkah-langkah keselamatan
yang sewajarnya.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa penyeliaan.
Jangan sentuh suis bekalan kuasa dengan tangan yang basah untuk
mengelakkan kejutan elektrik.
Sentiasa pastikan alat pemasangan adalah kukuh dan tiada kerosakan
untuk mengelakkan unit luar bilik daripada terjatuh.
Jangan gunakan aerosol atau penyembur rambut bedekatan dengan unit
dalam bilik. Bahan kimia ini boleh melekat pada sirip petukaran kepanasan
dan menyekat penyejatan pengaliran air kepada pan pengaliran. Air akan
jatuh pada kipas tangential dan menyebabkan air menyimbah dari unit
dalam bilik.
Jika tidak menggunakan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang,
sila cabutkan plag demi keselamatan.
Jangan letakkan bekas yang mengandungi air (seperti pasu bunga) kerana
jika air tertumpah ke dalam unit, ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
– 37 –

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ras-vx10cfRas-vx13cfRac-vx13cf

Table of Contents