Download Print this page

Mendengar Muzik Menggunakan Jabra Extreme; Multiuse; Penyelesaian Masalah & Soalan Lazim (Faq) - Jabra EXTREME User Manual

For pc
Hide thumbs Also See for EXTREME:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

MENDENGAR MUZIK MENGGUNAKAN Jabra EXTREME

Jabra EXTREME berupaya menstrim muzik menggunakan Bluetooth® –
sama ada dari telefon bimbit atau mana-mana peranti Bluetooth®
lain yang menyokong A2dP . Sebaik sahaja anda memasangkan
Jabra EXTREME anda dengan telefon bimbit anda atau kepada
pemain muzik Bluetooth®, gunakan telefon anda atau pemain muzik
untuk main, tangguh, henti, langkau ke hadapan dan ke belakang .
Apabila anda menerima panggilan, muzik akan ditangguhkan secara
automatik dan anda akan dapat menjawab atau menolak panggilan
melalui set kepala . Sebaik sahaja anda menamatkan panggilan, muzik
akan bermula semula . dalam sesetengah telefon dan peranti muzik,
anda mungkin perlu menekan 'main' untuk memulakan semula muzik .

MULTIUSE™

Jabra EXTREME berupaya digunakan dengan dua telefon bimbit
(atau peranti Bluetooth®) bersambung kepada set kepala pada
masa yang sama . Kami memanggilnya MultiUse™ . MultiUse™ akan
memberi anda kebebasan untuk hanya menggunakan satu set
kepala untuk mengendalikan kedua-dua telefon mudah alih anda .
Sila maklum bahawa dailan Semula nombor Terakhir akan mendail
nombor dari panggilan keluar terakhir, tidak bergantung kepada
telefon bimbit, dan fungsi dailan Suara hanya akan beroperasi
dengan telefon bimbit yang terakhir dipasangkan .
PENYELESAIAN MASALAH & SOALAN LAZIM (FAQ)
Saya terdengar bunyi gemeresik
- Bluetooth® adalah teknologi radio, bermakna ia sensitif terhadap
objek di antara set kepala dan peranti yang bersambung . Set
kepala dan peranti yang bersambung telah direka bentuk untuk
digunakan dalam jarak 10 meter (33 kaki) di antara satu sama
lain, tanpa ada apa-apa objek besar yang menghalang (dinding,
dsbnya) .
Saya tidak dapat mendengar apa-apa dalam set kepala saya
- Tambahkan kelantangan pada set kepala
- Pastikan bahawa set kepala dipasangkan dengan peranti yang
sedang dimainkan
- Pastikan telefon anda bersambung kepada set kepala dengan
mengetik butang Jawab/Tamat .
Jabra EXTREME – FOR PC
10

Advertisement

loading