Nota Mengenai Penggunaan Kamera - Sony Cyber-shot DSC-W670 Instruction Manual

Digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-W670:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Nota mengenai penggunaan kamera

Mengenai kegunaan dan penjagaan
Elakkan dari mengendalikan dengan kasar, menanggal, mengubah suai, kejutan
fizikal, atau impak seperti memukul, menjatuhkan atau memijak ke atas produk.
Berhati-hati terutamanya dengan lensa.
Nota mengenai rakaman/main balik
• Sebelum anda memulakan rakaman, lakukan rakaman percubaan untuk
memastikan bahawa kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera tidak tahan debu, tidak kalis percikan dan tidak kalis air.
• Elakkan dari mendedahkan kamera kepada air. Jika air masuk ke dalam kamera,
pincang tugas mungkin berlaku. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh
diperbaiki.
• Jangan tujukan kamera kepada matahari atau cahaya terang yang lain. Ia mungkin
menyebabkan pincang tugas pada kamera.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, hilangkannya terlebih dahulu sebelum
menggunakan kamera.
• Jangan goncang atau pukul kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang tugas dan
anda mungkin tidak boleh merakam imej. Tambahan pula, media rakaman
mungkin menjadi tidak boleh digunakan atau data imej mungkin dirosakkan.
Jangan guna/simpan kamera dalam tempat berikut
• Di tempat terlalu panas, sejuk atau lembap
Di tempat seperti dalam kereta yang diletak di bawah pancaran matahari, badan
kamera mungkin menjadi cacat dan mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Di bawah pancaran matahari secara langsung atau berhampiran alat pemanas
Badan kamera mungkin menjadi nyahwarna atau cacat, dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran mengayun
• Berdekatan dengan lokasi yang menjanakan gelombang radio yang kuat,
memancarkan radiasi atau tempat magnetik yang kuat. Kalau tidak, kamera
mungkin tidak merakam atau memain balik imej dengan betul.
• Di tempat yang berpasir atau berdebu
Berhati-hati agar tidak membenarkan pasir atau debu masuk ke dalam kamera. Ia
mungkin menyebabkan kamera menjadi pincang tugas, dan dalam sesetengah kes
pincang tugas ini mungkin tidak boleh diperbaiki.
Mengenai pembawaan
Jangan duduk di atas kerusi atau tempat lain dengan kamera di dalam poket
belakang seluar atau skirt anda, ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau
merosakkan kamera.
MY
18

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents