Download Print this page

Panasonic U-8LE1H7E Series Operating Instructions Manual page 7

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sediakan salur keluar kuasa untuk
digunakan secara eksklusif bagi setiap
unit, dan pemutus sambungan bekalan
kuasa, pemutus kebocoran bumi
(ELCB) atau peranti arus baki (RCD)
untuk perlindungan arus lebihan perlu
disediakan dalam talian eksklusif ini.
Sediakan salur keluar kuasa eksklusif
untuk setiap unit, dan cara pemutusan
sambungan penuh yang mempunyai
pemisahan sentuhan dalam semua
kutub mestilah digabungkan dalam
pendawaian tetap selaras dengan
peraturan pendawaian.
Untuk mencegah kemungkinan
bahaya daripada kegagalan
penebatan, unit mestilah dibumikan.
Jangan gunakan kord yang
diubah suai, kord
bersama, kord sambungan
atau kord yang tidak ditentukan untuk
mencegah pemanasan lampau dan
kebakaran.
Berhenti menggunakan produk apabila
sebarang ketaknormalan/kegagalan
berlaku dan putuskan sambungan
palam kuasa atau matikan suis kuasa
dan pemutus.
(Risiko asap/kebakaran/kejutan elektrik)
Contoh-contoh ketaknormalan/
kegagalan:
• ELCB kerap terputus.
• Kadang-kadang tidak hidup apabila
dihidupkan.
• Kuasa kadang-kadang terputus
apabila kordnya digerakkan.
• Bau terbakar atau bunyi tidak normal
dikesan semasa pengendalian.
• Badannya telah berubah bentuk atau
luar biasa panas.
• Air bocor daripada unit dalaman.
• Palam atau kord kuasa menjadi lebih
panas daripada biasa.
• Kelajuan kipas tidak boleh dikawal.
• Unit berhenti berjalan serta-merta
walaupun jika ia dihidupkan untuk
operasi.
• Kipas tidak berhenti walaupun operasi
dihentikan.
Hubungi wakil penjual tempatan anda
dengan segera untuk penyenggaraan/
pembaikan.
AMARAN
Perkakas ini bertujuan untuk digunakan
oleh pengguna pakar atau terlatih di kedai,
industri ringan dan di ladang, atau untuk
kegunaan komersial oleh orang biasa.
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang keupayaan
fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi penyeliaan atau
arahan berkenaan penggunaan perkakas
oleh seseorang yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan mereka. Kanak-
kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas.
Jauhkan penggera kebakaran dan salur
keluar udara sekurang-kurangnya 1.5m
dari unit.
Jangan menyejukkan atau memanaskan
bilik secara keterlaluan jika terdapat bayi
atau orang sakit.
Jangan menghidupkan dan mematikan
penyaman udara daripada suis utama
kuasa. Gunakan butang pengendalian ON/
OFF.
Jangan jolok apa-apa ke dalam
saluran keluar udara unit luaran. Ini
berbahaya kerana kipas berputar
pada kelajuan yang tinggi.
Jangan sentuh salur masuk udara
atau sirip aluminium yang tajam
pada unit luaran. Anda boleh
tercedera.
Jangan duduk atau memijak unit.
Anda boleh terjatuh secara tidak
sengaja.
Jangan jolok apa-apa
objek ke dalam BEKAS
KIPAS. Anda boleh tercedera
dan unit mungkin rosak.
NOTIS
• Pemampat mungkin terhenti sekali-sekala semasa ribut petir. Ini
bukan kegagalan mekanikal. Unit pulih secara automatik selepas
beberapa minit.
• Teks bahasa Inggeris ialah arahan asal. Bahasa lain ialah
penterjemahan arahan asal.
Maklumat Penting Berkenaan
Penggunaan Bahan Penyejuk
Produk ini mengandungi gas rumah hijau difluorinasi yang dilindungi
oleh Protokol Kyoto. Jangan lepaskan gas ke udara.
Jenis penyejuk: R410A
Nilai GWP
(1)
: 1975
(1)
GWP = potensi pemanasan global
Pemeriksaan berkala untuk kebocoran penyejuk mungkin perlu
dilakukan bergantung pada perundangan Eropah atau tempatan. Sila
hubungi wakil penjual tempatan anda untuk maklumat lanjut.
.
B
MALAYSIA
7

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

U-10le1h7e seriesU-8le1h7 u-10le1h7