Jabra FreeSpeak FS258 User Manual page 99

Table of Contents

Advertisement

Syarat-syarat jaminan ini dan tanggungjawab kami di bawah jaminan ini
adalah seperti berikut:
• Jaminan terhad bagi pembeli asli sahaja.
• Salinan resit atau bukti pembelian lain diperlukan. Tanpa bukti pembelian,
jaminan anda ditakrifkan bermula pada tarikh pengeluaran menurut label
keluaran.
• Jaminan ini batal jika nombor siri, label kod tarikh atau label keluaran
dihapuskan, atau jika keluaran telah dirosakkan secara fizikal, tidak dipasang
dengan betul, diubah atau diperbaiki oleh pihak ketiga yang tidak disahkan.
• Tanggungjawab keluaran JABRA (GN Netcom) seharusnya hanya terhad pada
memperbaiki atau mengganti keluaran menurut kehendak tunggal JABRA.
• Sebarang jaminan yang dicadangkan dari keluaran JABRA (GN Netcom)
terhad untuk satu tahun dari tarikh pembelian semua bahagian, termasuk
sebarang kabel dan penyambung.
• Yang khususnya terkecuali daripada sebarang jaminan adalah komponen
guna habis hayat terhad, tertakluk kepada penggunaan dan pemakaian biasa,
seperti penutup mikrofon, kusyen telinga, hiasan, bateri dan aksesori lain.
• JABRA (GN Netcom) tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian secara
tidak sengaja atau akibat daripada salah guna sebarang keluaran JABRA
(GN Netcom).
• Jaminan ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai hak
lain yang berbeza dari tempat ke tempat.
• Kecuali jika diminta dalam Panduan Pengguna, pengguna tidak dapat, dalam
sebarang keadaan, cuba melakukan servis, mengubah atau memperbaiki
unit ini, sama ada dalam jaminan atau tidak. Harus dikembalikan ke tempat
pembelian, kilang atau ejen servis yang sah untuk kerja sedemikian.
• JABRA (GN Netcom) tidak akan menerima sebarang tanggungjawab atas
kerugian atau kerosakan yang timbul dalam perjalanan. Sebarang kerja
memperbaiki untuk keluaran JABRA (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang
tidak sah membatalkan sebarang jaminan.
99

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents