Arahan Keselamatan Penting - Canon imageCLASS LBP623Cdw Getting Started

Hide thumbs Also See for imageCLASS LBP623Cdw:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 30
Lampiran
Lampiran

Arahan Keselamatan Penting

Manual ini menerangkan amaran dan bahaya sahaja bagi
pemasangan dan bekalan kuasa. Pastikan anda membaca
"Arahan Keselamatan Penting" yang diterangkan juga dalam
Panduan Pengguna.
AMARAN
Menunjukkan amaran mengenai operasi yang boleh
membawa kepada kematian atau kecederaan kepada
orang jika tidak dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu beri
perhatian kepada amaran-amaran ini.
AWAS
Menunjukkan amaran mengenai operasi yang boleh
membawa kepada kecederaan kepada orang jika tidak
dilakukan dengan betul. Untuk menggunakan mesin dengan
selamat, selalu beri perhatian kepada amaran-amaran ini.
PENTING
Menunjukkan keperluan dan had operasi. Pastikan
untuk membaca item ini dengan teliti untuk
mengendalikan mesin dengan betul dan mengelak
daripada kerosakan mesin atau harta.
Pemasangan
Untuk menggunakan mesin ini dengan selamat dan selesa,
baca langkah berjaga-jaga berikut dengan teliti dan pasang
mesin di lokasi yang sesuai.
AMARAN
Jangan memasang di lokasi yang boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik
Lokasi yang slot pengudaraan tersekat (terlalu dekat dengan
dinding, katil, sofa, permaidani atau objek yang serupa)
Lokasi yang lembap dan berhabuk
Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari atau di
luar rumah
Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi
Lokasi yang terdedah kepada api terbuka
Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau bahan
mudah terbakar lain
Amaran lain
Jangan sambungkan kabel yang tidak diluluskan pada
mesin ini. Melakukan demikian mungkin
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan letakkan rantai dan objek logam lain atau
bekas yang dipenuhi dengan cecair pada mesin. Jika
bahan asing bersentuhan dengan bahagian elektrik di
dalam mesin, ia mungkin menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Jika sebarang bahan asing jatuh ke dalam mesin ini, cabut
palam kuasa daripada saluran kuasa AC dan hubungi
pengedar Canon tempatan anda yang sah.
AWAS
Jangan pasang di lokasi berikut
Mesin ini mungkin terlepas atau jatuh, menyebabkan
kecederaan.
Lokasi yang tidak stabil
Lokasi yang terdedah kepada gegaran
Amaran lain
Apabila membawa mesin ini, ikut arahan dalam
manual ini. Jika dibawa dengan tidak betul, ia mungkin
jatuh dan menyebabkan kecederaan.
Apabila memasang mesin ini, berhati-hati supaya tangan anda
tidak terperangkap di antara mesin dengan lantai atau dinding.
Melakukan demikian boleh menyebabkan kecederaan.
Elakkan lokasi kurang pengudaraan
Mesin ini menjana sedikit ozon dan pengeluaran lain
ketika penggunaan biasa. Pengeluaran ini tidak berbahaya
kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin
ketara ketika penggunaan yang lama di dalam bilik yang
kurang pengudaraan. Untuk mengekalkan persekitaran
kerja yang selesa, adalah disyorkan supaya bilik tempat
mesin beroperasi sewajarnya mempunyai pengudaraan
yang baik. Juga elakkan lokasi yang akan membuatkan
orang terdedah kepada pengeluaran daripada mesin.
Bekalan Kuasa
AMARAN
Gunakan hanya bekalan kuasa yang memenuhi keperluan
voltan yang dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian
Ms
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Mesin mesti disambungkan ke soket saluran dengan
sambungan pembumian oleh kord kuasa yang disediakan.
Jangan gunakan kord kuasa selain daripada yang disediakan,
kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Kord kuasa yang disediakan adalah bertujuan untuk
digunakan dengan mesin ini. Jangan sambungkan
kord kuasa pada peranti lain.
64
Jangan ubah suai, tarik, membengkokkan secara paksa
atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang boleh
merosakkan kord kuasa. Jangan letakkan objek berat
di atas kord kuasa. Merosakkan kord kuasa boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan pasang atau cabut palam kuasa dengan tangan
yang basah, kerana ia boleh menyebabkan kejutan
elektrik.
Jangan gunakan wayar pemanjangan atau jalur kuasa
berbilang palam dengan mesin. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan balut kord kuasa atau mengikatnya dengan
menyimpul, kerana ia boleh menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Masukkan palam kuasa sepenuhnya ke dalam saluran
kuasa AC. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada saluran
kuasa AC semasa ribut petir. Kegagalan berbuat
demikian boleh mengakibatkan kebakaran, kejutan
elektrik atau kerosakan pada mesin.
Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin selamat
dan mempunyai voltan yang stabil.
Jauhkan kord kuasa dari sumber haba; kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan saduran kord
kuasa mencair, ini boleh mengakibatkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Elakkan situasi berikut:
Jika tekanan berlebihan dikenakan terhadap bahagian
sambungan kord kuasa, ia boleh merosakkannya atau
wayar di dalam mesin boleh terputus. Ini boleh
menyebabkan kebakaran.
Menyambung dan memutuskan sambungan kord
kuasa dengan kerap.
Kord kuasa belantik.
Kord kuasa dibengkokkan berdekatan bahagian
sambungan dan tekanan berterusan dikenakan
terhadap saluran keluar kuasa atau bahagian
sambungan.
Menggunakan daya berlebihan pada palam kuasa.
AWAS
Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran kuasa dan
tinggalkan ruang yang mencukupi di sekitar palam kuasa
supaya dapat dicabut dengan mudah dalam keadaan
kecemasan.
Pengendalian
AWAS
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1 dalam
IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh berbahaya bagi badan manusia.
Oleh kerana sinaran yang dikeluarkan di dalam produk
benar-benar terbatas di dalam perumah pelindung dan
penutup luar, pancaran laser tidak dapat terlepas daripada
mesin ketika mana-mana fasa operasi pengguna. Baca
kenyataan berikut dan arahan untuk keselamatan.
Jangan buka penutup selain daripada yang diarahkan
dalam manual untuk mesin ini.
Jika pancaran laser terlepas dan terkena pada mata
anda, pancaran tersebut boleh menyebabkan
kerosakan pada mata anda.
Penggunaan kawalan, pelarasan atau pelaksanaan
prosedur selain daripada yang ditentukan dalam
manual ini boleh menyebabkan pendedahan radiasi
berbahaya.
Awas Keselamatan Laser
Simbol Berkaitan Keselamatan
Suis kuasa: Kedudukan "DIHIDUPKAN"
Suis kuasa: Kedudukan "DIMATIKAN"
Suis kuasa: kedudukan "SIAP SEDIA"
Tekan-suis tekan
"DIHIDUPKAN"
"DIMATIKAN"
Terminal pembumian pelindung
Voltan berbahaya di dalam. Jangan buka
penutup melainkan jika diarah berbuat
demikian.
AWAS: Permukaan panas. Jangan sentuh.
Peralatan kelas II
Bahagian bergerak: Jauhkan bahagian badan
dari bahagian bergerak
AWAS: Kejutan elektrik boleh berlaku. Cabut
semua palam kuasa daripada saluran keluar
kuasa.
Terdapat tepi yang tajam. Jauhkan bahagian-
bahagian tubuh daripada tepi yang tajam.
[NOTA]
Sesetengah simbol yang ditunjukkan di atas
mungkin tidak dilekatkan bergantung pada
produk.
Guna Habis
AWAS
Jangan lupuskan katrij toner dalam api terbuka.
Juga jangan simpan katrij toner atau kertas di
lokasi yang terdedah kepada api terbuka. Ini
boleh menyebabkan nyalaan, dan mengakibatkan
kebakaran.
Notis
Nama Produk
Peraturan keselamatan memerlukan nama produk
untuk didaftarkan.
Di sesetengah wilayah tempat produk ini dijual,
nama dalam kurungan ( ) berikut mungkin
didaftarkan sebagai ganti.
imageCLASS LBP623Cdw / LBP621Cw (F174900)
Keperluan EMC bagi Arahan EC
Peralatan ini mematuhi keperluan yang penting
dalam EMC bagi Arahan EC. Kami memperakui
bahawa produk ini mematuhi keperluan EMC
bagi Arahan EC pada input utama nominal 230 V,
50 Hz walaupun input produk berkadar ialah 220
sehingga 240 V, 50/60 Hz. Penggunaan kabel
terlindung adalah cukup untuk mematuhi
kehendak teknikal EMC bagi Arahan EC.
Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin selamat
dan mempunyai voltan yang stabil.
Jauhkan kord kuasa dari sumber haba; kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan saduran kord
kuasa mencair, ini boleh mengakibatkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Maklumat Pengawalseliaan LAN Wayarles
Regulatory information for users in Argentina
Incluye módulo Wireless LAN Module Marca
muRata, Modelo Type1KA, CNC C-17177
Regulatory information for users in Uruguay
imageCLASS LBP623Cdw / LBP621Cw contains
URSEC approved Wireless LAN Module (Model
name: Type1KA).
Regulatory information for users in Singapore
Complies with
IMDA Standards
DB00671

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Imageclass lbp621cdw

Table of Contents