Arahan Keselamatan Penting - Canon imageCLASS LBP613Cdw Getting Started

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 30
Lampiran
Arahan Keselamatan
Penting
Manual ini menerangkan amaran dan bahaya sahaja bagi
pemasangan dan bekalan kuasa. Pastikan anda
membaca "Arahan Keselamatan Penting" yang
diterangkan juga dalam Panduan Pengguna.
AMARAN
Menunjukkan amaran mengenai operasi yang boleh
membawa kepada kematian atau kecederaan kepada
orang jika tidak dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu beri
perhatian kepada amaran-amaran ini.
AWAS
Menunjukkan amaran mengenai operasi yang boleh
membawa kepada kecederaan kepada orang jika
tidak dilakukan dengan betul. Untuk menggunakan
mesin dengan selamat, selalu beri perhatian kepada
amaran-amaran ini.
Pemasangan
AMARAN
Jangan memasang di lokasi yang boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik
Lokasi yang slot pengudaraan tersekat (terlalu dekat
dengan dinding, katil, sofa, permaidani atau objek
yang serupa)
Lokasi yang lembap dan berhabuk
Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari atau di
luar rumah
Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi
Lokasi yang terdedah kepada api terbuka
Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau bahan
mudah terbakar lain
Amaran lain
Jangan sambungkan kabel yang tidak diluluskan pada
mesin ini. Melakukan demikian mungkin
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan letakkan rantai dan objek logam lain atau
bekas yang dipenuhi dengan cecair pada mesin. Jika
bahan asing bersentuhan dengan bahagian elektrik di
dalam mesin, ia mungkin menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Jika sebarang bahan asing jatuh ke dalam mesin ini,
cabut palam kuasa daripada saluran kuasa AC dan
hubungi pengedar Canon tempatan anda yang sah.
AWAS
Jangan pasang di lokasi berikut
Mesin ini mungkin terlepas atau jatuh, menyebabkan
kecederaan.
Lokasi yang tidak stabil
Lokasi yang terdedah kepada gegaran
Elakkan lokasi kurang pengudaraan
Mesin ini menjana sedikit ozon dan pengeluaran lain
ketika penggunaan biasa. Pengeluaran ini tidak
berbahaya kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, ia
mungkin ketara ketika penggunaan yang lama di dalam
bilik yang kurang pengudaraan. Untuk mengekalkan
persekitaran kerja yang selesa, adalah disyorkan supaya
bilik tempat mesin beroperasi sewajarnya mempunyai
pengudaraan yang baik. Juga elakkan lokasi yang akan
membuatkan orang terdedah kepada pengeluaran
daripada mesin.
Amaran lain
Apabila membawa mesin ini, ikut arahan dalam
manual ini. Jika dibawa dengan tidak betul, ia mungkin
jatuh dan menyebabkan kecederaan.
Apabila memasang mesin ini, berhati-hati supaya
tangan anda tidak terperangkap di antara mesin
dengan lantai atau dinding. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kecederaan.
Bekalan Kuasa
AMARAN
Gunakan hanya bekalan kuasa yang memenuhi
keperluan voltan yang dinyatakan. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
Jangan gunakan kord kuasa selain daripada yang
Ms
disediakan, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Kord kuasa yang disediakan adalah bertujuan untuk
digunakan dengan mesin ini. Jangan sambungkan
kord kuasa pada peranti lain.
Jangan ubah suai, tarik, membengkokkan secara paksa
atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang boleh
merosakkan kord kuasa. Jangan letakkan objek berat
di atas kord kuasa. Merosakkan kord kuasa boleh
64
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan pasang atau cabut palam kuasa dengan
tangan yang basah, kerana ia boleh menyebabkan
kejutan elektrik.
Jangan gunakan wayar pemanjangan atau jalur kuasa
berbilang palam dengan mesin. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan balut kord kuasa atau mengikatnya dengan
menyimpul, kerana ia boleh menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Masukkan palam kuasa sepenuhnya ke dalam saluran
kuasa AC. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada saluran
kuasa AC semasa ribut petir. Kegagalan berbuat
demikian boleh mengakibatkan kebakaran, kejutan
elektrik atau kerosakan pada mesin.
AWAS
Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran kuasa
dan tinggalkan ruang yang mencukupi di sekitar palam
kuasa supaya dapat dicabut dengan mudah dalam
keadaan kecemasan.
Pengendalian
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1 dalam
IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh berbahaya bagi badan manusia.
Oleh kerana sinaran yang dikeluarkan di dalam produk
benar-benar terbatas di dalam perumah pelindung dan
penutup luar, pancaran laser tidak dapat terlepas
daripada mesin ketika mana-mana fasa operasi
pengguna. Baca kenyataan berikut dan arahan untuk
keselamatan.
Jangan buka penutup selain daripada yang diarahkan
dalam manual untuk mesin ini.
Jika pancaran laser terlepas dan terkena pada mata
anda, pancaran tersebut boleh menyebabkan
kerosakan pada mata anda.
AWAS
Penggunaan kawalan, pelarasan atau pelaksanaan
prosedur selain daripada yang ditentukan dalam manual
ini boleh menyebabkan pendedahan radiasi berbahaya.
Simbol Berkaitan Keselamatan
Suis kuasa: kedudukan "DIHIDUPKAN"
Suis kuasa: kedudukan "DIMATIKAN"
Suis kuasa: kedudukan "SIAP SEDIA"
Tekan-suis tekan
"DIHIDUPKAN"
"DIMATIKAN"
Terminal pembumian pelindung
Voltan berbahaya di dalam. Jangan buka penutup
melainkan jika diarah berbuat demikian.
AWAS: Permukaan panas. Jangan sentuh.
Peralatan Kelas II
Bahagian bergerak: Jauhkan bahagian badan dari
bahagian bergerak
[NOTA]
Sesetengah simbol yang ditunjukkan di atas mungkin
tidak dilekatkan bergantung pada produk.
v1511_02_ms-MY
Label Keselamatan
Laser
Guna Habis
AMARAN
Jangan lupuskan katrij toner dalam api terbuka.
Juga jangan simpan katrij toner atau kertas di
lokasi yang terdedah kepada api terbuka. Ini
boleh menyebabkan nyalaan, dan mengakibatkan
kebakaran.
Notis
Nama Produk
Peraturan keselamatan memerlukan nama produk
untuk didaftarkan.
Di sesetengah wilayah tempat produk ini dijual,
nama dalam kurungan ( ) berikut mungkin
didaftarkan sebagai ganti.
imageCLASS LBP613Cdw / LBP611Cn (F169600)
Keperluan EMC bagi Arahan EC
Peralatan ini mematuhi keperluan yang penting
dalam EMC bagi Arahan EC. Kami memperakui
bahawa produk ini mematuhi keperluan EMC
bagi Arahan EC pada input utama nominal 230 V,
50 Hz walaupun input produk berkadar ialah 220
sehingga 240 V, 50/60 Hz. Penggunaan kabel
terlindung adalah cukup untuk mematuhi
kehendak teknikal EMC bagi Arahan EC.
Regulatory information for users in Argentina
Incluye módulo Wireless LAN Module Marca
AzureWave, Modelo AW-NM383, CNC C-13282
Regulatory information for users in Uruguay
imageCLASS LBP613Cdw contains URSEC
approved Wireless LAN Module (Model name:
AW-NM383).
Regulatory information for users in Singapore
Complies with
IMDA Standards
DB00671
Regulatory information for users in Thailand
imageCLASS LBP613Cdw includes approved
Wireless LAN Module (Model name: AW-NM383).
This telecommunication equipment conforms to
NTC technical requirement.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Imageclass lbp611cn

Table of Contents