Philips HD4746/06 Manual page 39

Rice cooker 10 cups
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
5
Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap
atau mod simpan panas. Lampu masak/panas semula akan mula berkelip (Gamb. 10).
6
Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.
Memasak sup
1
Masukkan ramuan untuk sup dan air dalam periuk di dalam.
Jangan melampaui paras air maksimum yang ditandakan pada skala di dalam periuk dalam yang
sepadan dengan Congee.
2
Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian 'Memasak nasi'.
3
Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak sup (Gamb. 6).
4
Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang
dikehendaki (Gamb. 14).
5
Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki. Anda
boleh menetapkan sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam (Gamb. 11).
6
Tekan butang MASAK/PANAS SEMULA untuk memulakan proses memasak sup (Gamb. 13).
Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula.
,
Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa
,
semasa.
Untuk melihat masa memasak yang dipratetap, tekan butang MASA MEMASAK.
Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
,
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas
secara automatik.
7
Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap
atau mod simpan panas. Lampu masak/panas semula akan mula berkelip (Gamb. 10).
8
Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikannya.
Mengukus
1
Sukat 3 cawan air dengan cawan penyukat dan tuangkannya ke dalam pot dalam.
Jumlah air berbeza-beza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
Ia akan mengambil kira-kira 8 minit untuk 3 cawan air mendidih.
2
Letakkan makanan yang hendak dikukus di atas pinggan atau dulang kukus.
Untuk memastikan pengukusan yang sekata, makanan hendaklah diratakan dengan sekata dan tidak
dilonggokkan.
3
Letak dulang kukus di dalam periuk dalam (Gamb. 15).
4
Jika anda menggunakan pinggan yang berasingan, masukkannya ke dalam dulang kukus.
5
Tutup dengan tudung periuk dengan rapi.
6
Tekan butang MENU untuk memilih mod mengukus (Gamb. 16).
7
Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa mengukus yang
dikehendaki (Gamb. 14).
Masa pengukusan lalai selama 15 dipaparkan.
8
Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa yang dikehendaki. (Gamb. 11).
Anda boleh menetapkan sebarang masa antara 10 minit dan 1 jam.
Jika anda gagal untuk menetapkan masa memasak, masa mengukus lalai selama 15 minit akan
digunakan.
BaHasa MElayu
39

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4746/03Hd4743/03Hd4746/00Hd4743/00Hd4746Hd4743

Table of Contents