Download Print this page

Makita M9202 Instruction Manual page 14

Random orbit sander
Hide thumbs Also See for M9202:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat pada palam, sentiasa
pastikan alat dimatikan.
Untuk memulakan alat, tekan sisi "I (ON)" suis. Untuk
menghentikan, tekan sisi "O (OFF)" suis.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang atau mengeluarkan
cakera lelas
► Rajah2
Untuk memasang cakera lelas, pertama sekali, buang
semua kotoran atau bahan asing dari pad. Kemudian
kopek kertas alas dari cakera lelas dan pasang cakera
lelas pada pad. Jajarkan lubang di dalam cakera lelas
dengan lubang yang terdapat di dalam pad dengan
berhati-hati.
PERHATIAN:
Jika anda mengopek cakera lelas dari pad,
lekatannya akan menjadi lemah. Jangan sekali-
kali cuba untuk melekatkan pada pad untuk
kegunaan seterusnya.
OPERASI
Operasi pemasiran
► Rajah3
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menghidupkan alat ketika
ia bersentuhan dengan bahan kerja, ia boleh
menyebabkan kecederaan kepada pengendali.
Jangan sekali-kali menjalankan alat tanpa
cakera lelas. Anda boleh merosakkan alat
dengan serius.
Jangan sekali-kali paksa alat. Tekanan
berlebihan boleh mengurangkan kecekapan
mengempelas, merosakkan cakera lelas atau
memendekkan jangka hayat alat.
Menggunakan alat dengan tepi pad yang
bersentuhan dengan bahan kerja boleh
merosakkan pad.
Pegang alat dengan kukuh. Hidupkan alat dan tunggu
sehingga ia mencapai kelajuan sepenuhnya. Kemudian
letakkan alat dengan perlahan pada permukaan bahan
kerja. Pastikan pad sedatar dengan bahan kerja dan
gunakan sedikit tekanan pada alat.
PERHATIAN:
Pad pengempelasan berputar mengikut arah
jam semasa operasi dengan beban, tetapi
mungkin berputar berlawanan arah jam semasa
operasi tanpa beban.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan,
pemeriksaan dan penggantian berus karbon, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
14 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading