Download Print this page

Jabra ELITE 65t Get Started page 58

Hide thumbs Also See for ELITE 65t:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 37
Ingat: Sentiasa memandu cermat, jangan mengalih perhatian dan patuhi undang-
undang tempatan!
Penggunaan pembesar suara semasa mengendalikan kenderaan bermotor mungkin
dikawal selia oleh undang-undang tempatan. Menggunakan set kepala semasa
mengendalikan kenderaan bermotor, motosikal, bot atau basikal mungkin berbahaya,
dan menyalahi undang-undang di sesetengah bidang kuasa, sama seperti penggunaan
set kepala ini dengan kedua-dua telinga ditutup semasa memandu tidak dibenarkan di
sesetengah bidang kuasa. Semak dengan pihak berkuasa tempatan anda.
PENJAGAAN BATERI BINA DALAM: Sila lakukan yang berikut jika produk mengandungi
bateri
• Produk anda diberi tenaga oleh bateri cas semula. Prestasi penuh bateri baharu dicapai
hanya selepas dua atau tiga cas penuh dan kitar nyahcas.
• Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi akhirnya akan haus. Jangan
tinggalkan bateri dicas penuh bersambung kepada pengecas, oleh sebab lampau cas
boleh memendekkan hayatnya.
• Jika ditinggal tidak digunakan, bateri yang dicas penuh akan hilang casnya selepas suatu
jangka masa.
• Meninggalkan produk di tempat panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan dan
hayat bateri. Sentiasa cuba untuk simpan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F).
Suatu produk dengan bateri panas atau sejuk mungkin tidak berfungsi buat sementara
waktu, walaupun bateri dicas penuh.
Amaran bateri!
• "Amaran" – Bateri yang digunakan dalam produk ini boleh menimbulkan risiko
kebakaran atau lecuran kimia jika tidak dikendalikan dengan betul. Bateri mungkin
meletup jika rosak.
• Hanya cas semula bateri anda dengan pengecas diluluskan yang disediakan terpilih
untuk produk ini.
54

Advertisement

loading