Download Print this page

Jabra ELITE 65t Get Started page 56

Hide thumbs Also See for ELITE 65t:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 37
Amaran dan Pengakuan
Tali Pintal dan Tanpa Wayar - Asia Pasifik
Sila baca semua bahagian yang berkenaan.
Bagi perlindungan dan keselesaan anda, GN Audio A/S ("GN") telah melaksanakan
langkah-langkah perlindungan dalam produk ini yang direka bentuk untuk mengekalkan
tahap kelantangan bunyi yang selamat dan memastikan bahawa produk tersebut
beroperasi mematuhi piawai keselamatan kerajaan.
AMARAN PRODUK AUDIO!
KEHILANGAN PENDENGARAN KEKAL BOLEH DIAKIBATKAN OLEH PENDEDAHAN
JANGKA PANJANG KEPADA BUNYI PADA KELANTANGAN BUNYI TINGGI. GUNA
KELANTANGAN BUNYI YANG SERENDAH MUNGKIN.
Elakkan penggunaan set kepala yang berpanjangan pada tahap tekanan bunyi berlebihan.
Sila baca Garis Panduan Keselamatan di bawah sebelum menggunakan produk ini.
Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan pendengaran dengan mengikuti garis
panduan keselamatan berikut:
1. Sebelum menggunakan produk ini ikut langkah-langkah ini
• Sebelum menggunakan produk, perlahankan kawalan bunyi kepada tahap yang
terendahnya,
• Pakai set kepala, jika berkenaan
• Laraskan kawalan kelantangan bunyi secara perlahan kepada tahap yang selesa.
2. Semasa menggunakan produk ini
• Sentiasa pastikan kelantangan bunyi berada pada tahap yang paling rendah mungkin;
• Jika kelantangan bunyi yang lebih kuat diperlukan, laraskan kawalan kelantangan bunyi
dengan perlahan;
MY
52

Advertisement

loading