Download Print this page

Menghidupkan Dan Mematikan Set Kepala Anda; Berpasangan Dengan Telefon Anda; Pakailah Sebagaimana Yang Anda Suka; Cara Untuk - Jabra BT350 User Manual

Hide thumbs Also See for BT350:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
2

Menghidupkan dan mematikan set kepala anda

Tekan butang jawab/tamat untuk menghidupkan set kepala anda.
Tekan dan tahan butang jawab/tamat untuk mematikan set kepala anda.
3

Berpasangan dengan telefon anda

Sebelum anda menggunakan Jabra BT350, anda perlu untuk memasangkannya dengan
telefon bimbit anda.
1. Letakkan set kepala dalam mod berpasangan
Pastikan headset telah dimatikan.
Tekan dan tahan butang jawab/tamat sehingga lampu biru terang menyala.
2. Set telefon Bluetooth anda ke 'mengenali' Jabra BT350
Ikuti panduan arahan telefon anda. Biasanya, ini bererti pergi ke menu 'persediaan' ,
'sambung' , atau 'Bluetooth' pada telefon anda dan membuat pilihan untuk
'mengenali' atau 'menambah' peranti Bluetooth. * (Lihat contoh daripada telefon
bimbit biasa dalam rajah)
3. Telefon anda akan menemui Jabra BT350
Telefon anda akan bertanya sama ada anda hendak berpasangan dengannya. Terima
dengan menekan 'Ya' atau 'OK' pada telefon dan sahkan dengan kunci laluan atau
PIN = 0000 (4 sifar)
Telefon anda akan mengesahkan apabila proses berpasangan telah selesai. Jika
berpasangan tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 3.
4

Pakailah sebagaimana yang anda suka

Jabra BT350 telah sedia untuk dipakai pada telinga kanan anda. Jika anda lebih suka
memakainya di sebelah kiri, selak set kepala perlahan-lahan dan pusingkan cangkuk
telinga sebanyak 180°. Lihat raj 3.
Untuk prestasi optimum, pakai Jabra BT350 dan telefon bimbit anda pada
bahagian sebelah badan yang sama atau dalam lingkungan baris penglihatan.
Pada umumnya, anda akan mendapat prestasi yang lebih baik apabila tiada
terdapat halangan antara set kepala dan telefon bimbit anda.
5

Cara untuk...

Menjawab panggilan
Ketik butang jawab/tamat pada set kepala untuk menjawab panggilan.
54
Menamatkan panggilan
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.
Membuat panggilan
Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan tersebut akan
(tertakluk kepada pengesetan telefon) akan dipindahkan secara automatik ke set
kepala anda. Jika telefon anda tidak menyokong fungsi ini, ketik pada butang jawab/
tamat pada Jabra BT350 untuk menerima panggilan dalam set kepala.
Menolak panggilan*
Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak panggilan
masuk. Bergantung pada pengesetan telefon anda, orang yang memanggil anda
sama ada akan dialihkan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk.
Aktifkan dailan suara*
Ketik butang jawab/tamat. Untuk hasil yang terbaik, rakam tag dailan suara menerusi
set kepala anda jika telefon tersebut membenarkan anda melakukannya. Sila rujuk
manual pengguna telefon anda untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan ciri ini.
Dailan semula nombor terakhir*
Tekan butang jawab/tamat.
Melaraskan bunyi dan kelantangan
Tekan kelantangan naik atau turun (+ atau -) untuk melaraskan kelantangan. Tunjuk raj.
Untuk senyapkannya, tekan kedua-dua kelantangan naik dan turun pada masa yang
sama. Isyarat bip berbunyi perlahan ketika panggilan disenyapkan.
Untuk menyahsenyapkan, ketik sama ada butang kelantangan (+ atau -).
Panggilan menunggu dan menunda panggilan*
Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan dan menjawab
panggilan menunggu.
Tekan butang jawab/tamat sekali untuk mengaktifkan panggilan ditunda dan
menjawab panggilan menunggu.
Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua panggilan.
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif.
Panggilan bergetar*
Panggilan bergetar diaktifkan secara automatik apabila anda menghidupkan set kepala.
Untuk mematikan ciri panggilan bergetar, tekan butang/tamat dan tekan butang
turunkan kelantangan (-) pada masa yang sama.
Untuk menghidupkan ciri panggilan bergetar, tekan butang/tamat dan tekan
butang tambahkan kelantangan (+) pada masa yang sama.
* Bergantung pada telefon yang menyokong fungsi ini. Sila semak manual
pengguna telefon anda untuk butiran lanjut
55

Advertisement

loading