Samsung MS28J5255 Series User Manual page 4

Hide thumbs Also See for MS28J5255 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan keselamatan
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan
situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di
atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak
harus diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan
jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-
kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori atau mental yang
kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan
alat ini oleh orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
4 Bahasa Melayu
MS28J5255GB_SM_DE68-04490A-01_MS+ZH+EN.indb 4
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan
kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
9/18/2019 12:17:36 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents