Download Print this page

LG -V500 Quick Start Manual page 9

Hide thumbs Also See for LG-V500:

Advertisement

Available languages

Available languages

• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk
yang berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau
tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat
pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana
ia boleh merosakkan tablet.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau
kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-
hati. Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk
mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca
kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah
tidak diliputi oleh waranti ini.
• Tablet anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi
mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-
jaga apabila mengendalikan peranti anda atau
betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan
serta merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya.
Jangan cuba untuk mempercepatkan proses
mengering dengan sumber pemanasan luaran,
seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau
pengering rambut.
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna
label produk dalam peranti anda. Kerosakan pada
peranti anda akibat pendedahan kepada cecair
tidak diliputi oleh waranti anda.
• Guna tablet anda dalam suhu di antara 0 ºC dan
40 ºC, jika boleh. Mendedahkan peranti anda
kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi
akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau
letupan.
Operasi peranti yang cekap
Peranti elektronik
Semua peranti tablet mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan peranti tablet anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak tablet di atas perentak jantung,
contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin
diganggu oleh peranti tablet.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV,
radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan peranti tablet di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
7

Advertisement

loading