Download Print this page

LG -V500 Quick Start Manual page 10

Hide thumbs Also See for LG-V500:

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah
sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara,
jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volum berada pada
paras yang berpatutan agar anda sedar akan
keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat
penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum yang
tinggi untuk tempoh yang panjang.
• Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku
jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk
tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan
agar anda tidak menghidupkan atau mematikan
tablet berhampiran dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan
8
ditetapkan kepada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan
volum jika anda tidak dapat mendengar orang yang
bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa
yang sedang anda dengar.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti tablet anda dibuat
daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika
peranti anda terjatuh di atas permukaan yang keras
atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah,
jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya.
Berhenti menggunakan peranti anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan tablet di mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan
dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan tablet di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau
bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar,
cecair atau bahan letupan di dalam ruang yang
sama dengan yang mengandungi peranti tablet
anda dan aksesorinya.

Advertisement

loading