Download Print this page

LG -V500 Quick Start Manual page 11

Hide thumbs Also See for LG-V500:

Advertisement

Available languages

Available languages

Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di
dalam pesawat.
• Matikan tablet anda sebelum menaiki sebarang
pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin
anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh
daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika
ia tertanggal. Peranti ini juga mengandungi bateri
dalaman yang boleh membahayakan jika peranti tidak
digunakan atau diselenggara dengan betul.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya
sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas
LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat
bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan
bateri.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat
tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri secara terus
kepada sinaran matahari atau gunakannya di
tempat berkelembapan tinggi, seperti bilik air.
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau
sejuk, kerana ini boleh menurunkan prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan
jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut
arahan pengilang. Sila kitar semula yang mana
mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah
yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke
pusat servis LG Electronics atau wakil penjual yang
disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan plag pengecas dari soket dinding
setiap kali selepas tablet dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan
yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau
gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan
menyebabkan kebakaran.
9

Advertisement

loading