Download Print this page

LG -V500 Quick Start Manual page 8

Hide thumbs Also See for LG-V500:

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Notis untuk penggantian bateri
• Untuk keselamatan anda, jangan
mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam
produk. Jika anda perlu menggantikan bateri,
bawanya ke pusat perkhidmatan Elektronik
LG atau penjual untuk mendapatkan bantuan.
• Bateri Li-Ion ialah komponen berbahaya yang
boleh menyebabkan kecederaan.
• Penggantian bateri oleh pakar yang tidak
berkelayakan boleh menyebabkan kerosakan
kepada peranti anda.
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu peranti ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan peranti ini dan mungkin berbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa
ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara
LG, mungkin termasuk penggantian bahagian atau
6
papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian
yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
• Matikan peranti di mana-mana tempat yang
memerlukan anda berbuat demikian oleh undang-
undang khas. Contohnya, jangan gunakan peranti
anda di hospital kerana ia mungkin mengganggu
peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan
yang basah semasa ia sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
peranti mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana peranti akan menjadi panas
dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas tablet di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan
berpengudaraan baik.

Advertisement

loading