Bosch MCP7 GB Series Instruction Manual page 9

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan
simpan! Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan peralatan 
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan 
yang berlaku.
Peralatan ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah 
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan 
bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah 
umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat, 
pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan 
oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman 
yang serupa.
Peralatan ini adalah sesuai untuk pemerahan buahan sitrus, seperti 
lemon, oren, limau gedang. La tidak boleh digunakan untuk mem-
proses objek / bahan yang lain. Gunakan peralatan ini hanya di 
dalam bangunan pada suhu bilik dan ketinggian sehingga 2000 m 
di atas paras laut. Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan 
dengan permukaan panas, seperti plat panas.
Peralatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun 
dan keatas dan orang dengan kekurangan keupayaan fizikal, deria 
atau metal, atau kekurangan pengalaman dan/atau pengetahuan 
dibawah selian atau telah dilatih mengikut keselamatan pengenda-
lian peralatan ini dan memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak 
yang berumur dibawah 8 tahun hendaklah dijauhkan daripada pera-
latan dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengenda-
likan peralatan ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna 
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, melainkan mereka berumur 
lebih dari 8 tahun dan diselia. Kanak-kanak tidak dibenarkan 
bermain dengan peralatan ini.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents