Bosch MCP7 GB Series Instruction Manual page 10

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Arahan keselamatan 
Arahan keselamatan
W Amaran
Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Jangan sesekali menggerakan kon pemerah/aci pacu secara 
manual.
Peralatan hanya dibenarkan disambung pada soket yang telah dipa-
sang menurut arahan dengan pembumian pada bekalan kuasa. Sila 
pastikan sistem litar pelindung bagi pemasangan dalaman dipasang 
menurut arahan.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi 
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda keros-
akkan pada peralatan dan kord kuasa. Pembaikan pada peralatan, 
seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh dilakukan 
oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya. Jangan 
sesekali menyambungkan peralatan pada pemasa jam atau punca 
kuasa kawalan jauh dan mengendalikannya.
Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan dengan bahagian panas 
atau menariknya di atas bahagian sisi yang tajam. Jangan sesekali 
merendam peralatan atau kord kuasa ke dalam air atau pembasuh 
pinggan mangkuk.
Peralatan ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa selepas 
setiap penggunaan,ketika tanpa penyeliaan, sebelum pemasangan, 
penanggalan atau pembersihan dan kerosakan. Sebelum menukar 
alat ganti atau tambah, yang bergerak semasa pengendalian, pera-
latan mestilah dimatikan dan dipisahkan dari punca kuasa.
W Amaran
Risiko kecederaan!
Penyiring kaca tidak tahan haba. Jangan masukkan cecair panas.
W Amaran
Risiko lemas!
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahan 
pembungkusan.
10 

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents