Bosch MCP7 GB Series Instruction Manual page 13

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Penggunaan sitrus tanpa
penyiring kaca
Rajah E
Bagi memerah kuantiti jus yang kecil, 
sebagai contoh jus lemon sebagai ramuan 
membakar atau perasa ikan, gunakan 
pemerah sitrus tanpa penyiring kaca.
Perhatian!
Jus akan dikumpulkan di dalam mangkuk 
pegumpul. Kapasiti mangkuk pengumpul 
adalah sebanyak lebih kurang 100 ml. Ini 
bersamaan dengan lebih kurang kuantiti 
jus daripada 2 lemon bersaiz sederhana. 
Hentikan proses memerah sebelum jus 
mencapai sisi atas mangkuk pengumpul.
1. Letakkan pemerah sitrus yang telah 
disediakan di atas permukaan kerja 
yang stabil dan rata.
2. Pasang kord kuasa pada soket.
3. Perah buahan lemon seperti yang 
diterangkan. X "Penggunaan pemerah
sitrus dengan penyiring kaca" lihat
halaman 12
4. Tanggalkan kord kuasa daripada soket.
5. Gunakan jus terus dari bukaan tuangan 
atau isikan ke dalam bekas.
Penjagaan dan pembersihan
harian
Rajah F
Peralatan mestilah dibersihkan dengan teliti 
selepas setiap penggunaan.
W Amaran
Risiko kejutan elektrik!
  ■ Cabut kord kuasa daripada soket 
sebelum mencuci.
  ■ Jangan sesekali menggerakan kon 
pemerah/aci pacu secara manual.
  ■ Jangan sesekali merendam unit motor 
ke dalam cecair dan jangan mencuci 
di dalam mesin pembasuh pinggan 
mangkuk.
W Amaran
Risiko kecederaan!
Penyiring kaca tidak tahan haba. Jangan 
masukkan cecair panas.
Penjagaan dan pembersihan harian
Perhatian!
  ■ Jangan gunakan alkohol atau agen 
pembersih yang mengandungi spirit 
yang melelas.
  ■ Jangan menggunakan objek tajam, 
berbucu atau metal.
  ■ Jangan gunakan kain atau agen pem-
bersih yang melelas.
Sebelum membersih:
1. Keluarkan unit motor dari pengiring 
kaca.
2. Tanggalkan kon pemerah, sisipan 
penapis dan mangkuk pengumpul.
Unit motor
Lapkan unit motor dengan kain lembut, 
lembab dan keringkan.
Alat aksesori
Cuci setiap alat dengan air sabun dan kain 
lembut atau span.
Tip: Pengiring kaca, lapik, mangkuk 
pengumpul, sisipan penapis, kedua-dua 
kon pemerah dan penutup boleh dibasuh 
menggunakan mesin pembasuh pinggan 
mangkuk.
Penyimpanan
Rajah G
Sebelum menyimpan peralatan, sentiasa 
cuci dan biarkan semua alatan kering. 
X "Penjagaan dan pembersihan harian"
lihat halaman 13
1. Pasang pemerah sitrus sepenuhnya dan 
letakkan di atas penyiring kaca.
2. Pasang penutup.
ms
13

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents