LG P7200 User Manual page 89

Hide thumbs Also See for P7200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
]
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
]
Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
]
Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
]
Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat
dan menjawab panggilan jika keadaan memandu memerlukan.
]
Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
]
Apabila berada di dalam kereta, jangan biarkan telefon anda
atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg udara.
Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan betul dan
beg udara diaktifkan, anda boleh mengalami kecederaan
serius.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan.
Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi sebarang undang-undang atau
peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
]
Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
]
Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah terbakar,
atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda,
yang mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori-
aksesorinya.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di
dalam pesawat.
]
Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang
pesawat.
]
Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa izin daripada
kakitangan.
Maklumat dan Penjagaan Bateri
]
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada
kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi bateri.
]
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka
bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
]
Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
]
Pastikan sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
]
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri boleh dicas beratus-ratus kali
sehingga ia perlu diganti.
]
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa yang
lama bagi memaksimumkan kegunaannya.
]
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari
langsung atau gunakan ia dalam kelembapan tinggi seperti di
dalam bilik air.
]
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk; ini
boleh melemahkan prestasi bateri.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

P7200.asgpbk

Table of Contents