Download Print this page

Bosch ErgoMixx MSM6 Series Instruction Manual page 8

Hand blender accessories
Hide thumbs Also See for ErgoMixx MSM6 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pemotong kecil universal dengan pengadun
Bergantung kepada model:
10 Bilah Penghancur Ais
Anda boleh menghancurkan ais
dengan bilah penghancur ais. Kuantiti
pemprosesan optimum: 4-6 kiub ais.
Perhatian: Kepilan (6) pemotong kecil
universal XL digunakan.
Jika pemotong kecil universal saiz L tidak
disertakan dalam pakej produk, ia boleh
dipesan melalui perkhidmatan pelanggan
(no. tempahan: 657247).
Pengendalian
W Risiko kecederaan daripada
bilah tajam!
Guna pemotong kecil universal hanya
dalam keadaan yang telah dipasang
sepenuhnya! Jangan sesekali capai
bilah di dalam pemotong kecil universal.
Pegang bilah pemotong kecil universal
hanya pada pemegang plastik. Jangan
pegang bilah dengan tangan kosong Untuk
membersihkannya, gunakan berus.
Pemotong kecil universal
dengan pengadun
Pemotong kecil universal dengan bilah
pemotong sesuai untuk memotong kecil
daging, keju keras, bawang, kubis, bawang
putih, buah-buahan, sayur-sayuran,
kekacang, badam.
Sila beri perhatian terhadap kuantiti
maksimum dalam jadual (Rajah E).
Peringatan!
Sebelum memotong kecil daging,
tanggalkan tulang rawan, tulang dan
urat tendon. Pemotong kecil universal
dengan bilah pemotong tidak sesuai untuk
memotong kecil bahan yang terlalu keras
(biji kopi, lobak, buah pala) dan bahan sejuk
beku (buah-buah dan yang seumpamanya).
8
X Rajah B
dengan bilah pemotong
(saiz L dan XL besar)
X Rajah C
dengan bilah penghancur ais
(saiz L sahaja)
■ Letakkan dan tekan pemotong kecil
universal di atas permukaan kerja yang
rata dan bersih.
■ Pasangkan bilah.
■ Masukkan bahan makanan.
Perhatian!
Bilah mesti berkedudukan lurus di dalam
pemotong kecil universal supaya kepilan
berkedudukan yang betul (Rajah B / C-3).
■ Letakkan lekapan di atas pemotong
kecil universal dan pusingkan
mengikut arah pusingan jam sehingga
berbunyi klik.
■ Letakkan unit asas pada kepilan dan
kunci kedudukannya.
■ Pasangkan plag.
■ Pegang unit asas dan pemotong kecil
universal dengan kejap dan hidupkan
perkakas (Kelajuan Turbo).
■ Selepas penyediaan, lepaskan butang
menghidupkan.
Selepas menggunakan perkakas
■ Tanggalkan plag.
■ Tekan butang-butang pelepas dan
tanggalkan unit asas dari lekapan.
■ Pusingkan lekapan mengikut arah lawan
pusingan jam dan tanggalkan daripada
pemotong kecil universal.
■ Pegang bilah pada pemegang plastik
dan keluarkan.
■ Pasang tudung di atas pemotong kecil
universal untuk menyimpan bahan
makanan yang telah disediakan.

Advertisement

loading