Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HQ906 Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAyU

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di
www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Amaran:
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Awas
-
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
dan 35°C.
-
Perkakas mematuhi peraturan keselamatan
antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh
dibersihkan dengan air paip (Gamb. 1).
-
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar air
tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan anda
daripada luka terbakar.
-
Pencukur boleh basuh ini tidak sesuai untuk
mencukur semasa di bawah pancuran air.
-
Jangan merendam pencukur di dalam air (Gamb. 2).
-
Keluarkan bateri dariapda perkakas jika anda tidak
akan menggunakan perkakas selama sebulan atau
lebih.
-
Jangan gunakan pencukur ini bersama-sama dengan
losen, krim, busa atau gel pracukur, atau lain-lain
produk kosmetik.
Mematuhi piawai
-
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati
pada masa ini.
Bersedia untuk
menggunakannya
Perkaka dijalankan dengan dua bateri beralkali. Sebaik-
baiknya gunakan bateri Philips untuk mencapai prestasi
pencukuran yang optimum.
Memasukkan bateri
Pasikan tangan anda dan perkakas kering apabila anda
memasukkan bateri.
1
Tanggalkan penutup petak bateri (Gamb. 3).
2
Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 4).
Pastikan kutub + dan - bateri menghala ke arah yang
betul.
Nota: Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang
dengan betul.
3
Luncurkan penutup petak bateri kembali pada
perkakas ('klik') (Gamb. 5).
Elakkan kerosakan yang disebabkan oleh
bateri yang bocor
-
Jangan dedahkan perkakas pada suhu yang melebihi
35C.
-
Keluarkan bateri jika anda tidak akan mengggunakan
perkakas selama sebulan atau lebih.
-
Jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Menggunakan perkakas
1
Tanggalkan penutup pelindung.
2
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan
pencukur (Gamb. 6).
3
Gerakkan kepala pencukur di atas permukaan
kulit anda. Lakukan kedua-dua gerakan lurus dan
bulat (Gamb. 7).
Nota: Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika
5
This Manual: http://www.manuallib.com/file/94429
muka anda kering.
Nota: Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
4
Apabila anda telah selesai mencukur, tekan butang
hidup/mati sekali lagi untuk mematikan perkakas.
5
Bersihkan pencukur dengan rapi setiap kali selepas
digunakan (lihat bab 'Pembersihan').
6
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 8).
Nota: Pastikan puting tukup perlindungan menutupi butang
pelepas.
Pembersihan dan
penyelenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar air
tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan anda
daripada luka terbakar.
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
Cara yang paling senang dan bersih untuk mencuci
perkakas adalah membilas unit mencukur dan ruangan
menyimpan rambut dengan air panas setiap kali anda
telah gunakan alat pencukur tersebut.
Setiap kali selepas digunakan: unit pencukur
dan ruang rambut
Jangan sekali-kali bilas pencukur semasa petak bateri
terbuka. Sentiasa pastikan penutup petak bateri dipasang
dengan betul sebelum anda mula membilas pencukur.
1
Matikan pencukur.
2
Bilas bahagian luar unit pencukur di bawah air pili
yang panas selama beberapa waktu (Gamb. 9).
3
Tekan butang pelepas (1) dan tarikh unit pencukur
lurus ke atas dari pencukurnya (2) (Gamb. 10).
4
Bilas bahagian dalam unit pencukur di bawahair pili
yang panas selama beberapa waktu (Gamb. 11).
5
Bilas ruang rambut di bawah air pili yang panas
selama beberapa waktu (Gamb. 12).
6
Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 13).
Setiap dua bulan: kepala pencukur
Nota: Jangan gunakan agen pembersihan atau alkohol
untuk membersihkan kepala pencukur. Hanya gunakan
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur HQ110.
1
Matikan pencukur.
2
Tekan butang pelepas (1) dan tarik unit pencukur
dari pencukur (2) (Gamb. 10).
3
Putar roda jingga ke arah lawan arah jam (1) dan
tanggalkan rangka penahan (2) (Gamb. 14).
4
Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur satu
demi satu (Gamb. 15).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan
adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah
berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong
dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil
masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran
terbaik dapat dicapai semula.
5
Tanggalkan pemotong dari adangannya (Gamb. 16).
6
Bersihkan pemotong dengan bahagian bulu kejur
pendek berus tersebut. Berus dengan berhati-hati
ke arah anak panah (Gamb. 17).
7
Bersihkan adang dengan berus (Gamb. 18).
8
Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam unit
pencukur.
9
Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda jingga arah ikut jam.
10
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Penyimpanan
-
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 8).
Nota: Pastikan puting tukup perlindungan menutupi butang
pelepas.
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan
kepala pencukur Philips HQ55.
Untuk arrahan mengenai cara untuk menanggalkan kepala
pencukur, lihat seksyen 'Setiap dua bulan: kepala pencukur'
dalam bab 'Pembersihan dan penyelenggaraan'.
Alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 19).
-
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar
alam sekitar. Jangan buang bateri yang kosong dengan
sampah rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat
pemungutan rasmi untuk bateri. Sentiasa keluarkan
bateri sebelum membuang perkakas dan bawanya ke
pusat pemungutan rasmi (Gamb. 20).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda mengalami masalah, sila lawati tapak
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Penjagaan pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara
anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
Pembatasan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada
jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku
yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah,
sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah
Kemungkinan punca
Alat pencukur
Kepala pencukur kotor.
tidak mencukur
sebaik sebelum
ini.
Rambut yang
panjang menghalang
kepala pencukur.
Kepala pencukur rosak
atau haus.
Kuasa bateri rendah.
Pencukur
Bateri tidak diletakkan
tidak berfungsi
dengan betul.
apabila saya
menekan
butang hidup/
mati.
Bateri kosong.
Kulit saya
Kulit anda memerlukan
merengsa
masa untuk menjadi biasa
selepas dicukur.
dengan sistem pencukuran
Philips.
Penyelesaian
Bersihkan kepala
pencukur dengan rapi
sebelum anda terus
mencukur (lihat bab
'Pembersihan').
Bersihkan pemotong
dan pengadang dengan
betul menggunakan
berus yang dibekalkan
(lihat bab 'Pembersihan').
Gantikan kepala
pencukur (Lihat bab
'Penggantian').
Gantikan bateri (lihat
bab 'Bersedia untuk
menggunakannya').
Pastikan penunjuk + dan
- pada bateri sepadan
dengan penunjuk di
dalam petak bateri.
Gantikan bateri (lihat
bab 'Bersedia untuk
menggunakannya').
Kerengsaan kulit dalam
masa 2-3 minggu
pertama penggunaan
adalah perkara biasa.
Setelah tempoh
ini, kerengsaan kulit
biasanya hilang.
4222.002.5128.3

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hq902