Download Print this page

Philips HD4678 Quick Start Manual page 5

Hide thumbs Also See for HD4678:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
Perihalan umum (gamb. 1)
A Tuil pelepas tudung
B Tudung
C Muncung
D Penuras kerak dwitindakan
E Penunjuk paras air
F Lampu penghidup kuasa
G Tombol suhu
H Tapak
I Suis hidup/mati
J Penggulung kord
K Kord sesalur kuasa
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke
dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur, tapak
atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian
kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord
yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di
keliling tapak perkakas.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur
yang parah. Berhati-hati semasa cerek mengandungi
air panas.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa
ketika selepas menggunakannya, kerana ia sangat
panas. Sentiasa pegang cerek pada pemegangnya.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi
penunjuk paras maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air
yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari
muncung dan menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang memanas.
Berhati-hati apabila anda membuka tudung sejurus
selepas air telah mendidih: stim yang keluar dari
cerek sangat panas.
-
Cerek didihan pantas ini boleh mengambil sehingga
13 amp dari bekalan kuasa di rumah anda. Pastikan
sistem elektrik di rumah anda dan litar yang
tersambung dengan cerek boleh menampung aras
penggunaan kuasa ini. Jangan biarkan terlalu banyak
perkakas lain mengambil kuasa dari litar yang sama
apabila cerek sedang digunakan.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
awas
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang
kering, rata dan stabil pada setiap masa.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan
air. Jangan gunakannya untuk memanaskan sup atau
cecair lain, atau pun makanan di dalam balang, botol
atau tin.
-
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-
bintik kecil mungkin muncul pada unsur pemanas
cerek apabila anda menggunakannya. Fenomena ini
adalah hasil penimbunan kerak pada unsur pemanas
dan pada permukaan dalam cerek selepas beberapa
lama. Semakin tinggi keliatan air, semakin cepat kerak
menimbun. Kerak boleh berlaku dalam warna-warna
yang berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya,
terlalu banyak kerak boleh menjejaskan prestasi cerek.
Tanggalkan kerak secara kerap dengan mengikuti
arahan yang diberikan dalam bab 'Menanggalkan
kerak'.
4222.002.6880.1
-
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek.
Ini adalah biasa dan tidak bermakna yang cerek
mempunyai apa-apa kecacatan.
-
Jangan biarkan sebarang air mengalir masuk ke
dalam tombol suhu.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi perlindungan masak-kering.
Peranti ini mematikan cerek secara automatik jika ia
dihidupkan dengan tidak sengaja apabila tiada air atau
air tidak mencukupi di dalamnya. Agar suis hidup
mati menjadi 'mati' dan lampu kuasa-hidup padam.
Biarkan cerek menjadi sejuk selama 10 minit. Kemudian
angkatkannya dari tapaknya untuk menetapkan semula
perlindungan masak-kering. Cerek ini kini sedia untuk
digunakan semula.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Letak perkakas di atas permukaan kering yang rata
dan stabil.
2
Untuk melaraskan panjang kord, tekan
sebahagian daripadanya ke dalam slot kord pada
tapak. (Gamb. 2)
3
Bilas cerek dengan air.
4
Isikan cerek dengan air sehingga paras 1.2 liter dan
biarkan ia mendidih sekali (lihat bab 'Mengguna
Perkakas').
5
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali
lagi.
Menggunakan perkakas
1
Isi cerek dengan air. Anda boleh mengisi cerek sama
ada melalui muncung atau melalui tudung yang
terbuka. (Gamb. 3)
Untuk memastikan cerek memanaskan air ke suhu yang
ditetapkan, isi cerek hingga ke paras 1.2 liter.
2
Tutupkan tudung.
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk
mengelakkan cerek dari mendidih hingga kering.
3
Letakkan cerek di atas tapaknya dan masukkan plag
ke dalam dinding soket.
4
Putarkan tombol suhu untuk menetapkan suhu yang
dikehendaki (Gamb. 4).
-
Untuk mendidihkan air, tetapkan tombol suhu pada
MAX (Gamb. 5).
5
Tekan suis hidup/mati untuk menghidupkan cerek.
Lampu kuasa hidup menyala dan perkakas mula
,
memanas.
Cerek mati secara automatik dan lampu kuasa-
,
hidup padam apabila air mencapai suhu yang telah
ditetapkan.
Untuk menggendalakan proses pendidihan atau
pemanasan, matikan cerek.
Pembersihan
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula
membersihkannya.
Jangan gunakan agen pembersih pelelas, penggosok dll.
untuk membersihkan perkakas.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya di dalam air.
1
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut
yang dilembabkan dengan air suam dan sedikit
bahan pencuci lembut.
Kerak tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia mungkin
menyebabkan minuman anda terasa berserbuk. Turas
kerak mencegah zarah kerak daripada memasuki
minuman anda. Bersihkan turas kerak dengan kerap.
Anda boleh membersihkan turas dengan tiga cara:
biarkan penuras di dalam cerek semasa anda
,
membersihkan kerak dalam seluruh perkakas (lihat
bab 'Membersihkan kerak');
keluarkan penuras dari cerek dan beruskannya
,
perlahan-lahan menggunakan berus nilon lembut di
bawah air paip yang mengalir; (Gamb. 6)
keluarkan penuras dari cerek dan bersihkannya
,
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
2
Setelah anda membersihkan penuras di bawah air
paip atau dalam mesin pencuci pinggan mangkuk,
tekan penuras kembali ke dalam muncung sehingga
ia berdetap pada tempatnya (Gamb. 7).
Penanggalan kerak
Untuk memanjangkan hayat cerek, bersihkan keraknya
dengan tetap.
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari),
kami sarankan kekerapan pembersihan kerak seperti
berikut:
-
Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut
(sehingga 18 dH).
-
Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada
18dH).
1
Isi cerek dengan lebih kurang 900ml air.
2
Tetapkan tombol suhu pada MAX dan hidupkan
cerek.
3
Setelah cerek mati, tambah cuka putih (8% asid
asetik) hingga ke paras 1.2-liter.
4
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
5
Kosongkan cerek dan basuh bahagian dalam dengan
sebersih-bersihnya.
6
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air itu.
7
Kosongkan cerek dan basuhkannya sekali lagi
dengan air bersih.
Ulangi prosedur jika masih ada kerak di dalam cerek.
Petua: Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang
bersesuaian. Jika demikian, ikuti arahan yang diberikan
bersama-sama penanggal kerak.
Penggantian
Anda boleh membeli penuras kerak dwitindakan yang
baru (nombor jenis HD4983) di wakil penjual Philips anda
atau di pusat servis Philips.
Jika cerek, tapak atau kord sesalur perkakas rosak, bawa
tapak atau cerek ke pusat servis yang disahkan oleh
Philips untuk dibaiki atau untuk digantikan kord agar
mengelakkan bahaya.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah
pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat
demikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 8).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
5/7

Advertisement

loading