Download Print this page

Hitachi airHome 300 RAK-CJ18PCASM Operation Manual page 14

Split type hfc r32

Advertisement

Available languages

Available languages

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGENDALIAN
Jangan gunakan alat ini sebagai tempat menyimpan makanan, haiwan dan
tumbuhan, peralatan canggih, barangan seni dan ubat-ubatan.
Padamkan penyaman udara semasa berlaku kilat dan cabutkan plag bagi mengelakkan
kemalangan.
Sentiasa pastikan alat pemasangan adalah kukuh dan tiada kerosakan untuk
mengelakkan unit luar bilik daripada terjatuh.
Jangan gunakan aerosol atau penyembur rambut bedekatan dengan unit dalam
bilik. Bahan kimia ini boleh melekat pada sirip petukaran kepanasan dan menyekat
!
penyejatan pengaliran air kepada pan pengaliran. Air akan jatuh pada kipas
tangential dan menyebabkan air menyimbah dari unit dalam bilik.
P
E
R
H
A
T
Jika tidak menggunakan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang, sila
I
cabutkan plag demi keselamatan.
A
N
Jangan letakkan bekas yang mengandungi air (seperti pasu bunga) kerana
jika air tertumpah ke dalam unit, ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
Jangan pasangkan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang semasa pintu dan tingkap
terbuka (kelembapan dalam bilik melebihi 80%), serta semasa pengawal aliran udara hala ke bawah
atau pengawal aliran udara beroperasi secara automatik. Jika tidak, air akan terkondensasi pada
pengawal aliran udara mendatar dan akan menitis ke bawah dan membasahi perkakas rumah.
Jika terdapat sumber haba yang melebihi kapasiti penyaman udara (terdapat terlalu ramai orang atau
menggunakan alat pemanasan), suhu dalam bilik tidak akan mencapai suhu yang ditetapkan.
Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang cacat fi zikal deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan. Melainkan diawasi atau diarahkan mengenai
penggunaan peralatan elektrik oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Jangan sentuh suis bekalan kuasa dengan tangan yang basah untuk
mengelakkan kejutan elektrik.
Jangan halakan udara yang keluar dari penyaman udara ini ke arah peralatan
pembakaran kerana akan menyebabkan pembakaran tidak lengkap.
Jangan pancurkan air ke atas penyaman udara semasa membersihkannya
kerana mungkin mengakibatkan berlakunya litar pintas.
Sila padamkan suis dan cabutkan plag semasa membersihkan penyaman
udara kerana kipas dalam penyaman udara yang berpusing dengan laju boleh
mencederakan.
Jangan berdiri di atas unit luar bilik atau meletakkan beban di atasnya.
Jangan letakkan haiwan atau tumbuhan di tempat angin bertiup keluar kerana
akan mendatangkan kesan buruk terhadap haiwan atau tumbuhan.
– 14 –

Advertisement

loading