Sony Trinitron WEGA KV-DB34 Operating Instructions Manual page 62

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN
• TV anda bervoltan tinggi yang membahayakan.
• Voltan pengendalian TV: 220 – 240 V AC.
• Jangan sambungkan palam wayar kuasa TV sebelum anda selesai membuat semua
sambungan yang lain; jika tidak, kebocoran arus yang minimum mungkin mengalir
menerusi antena dan terminal lain ke bumi.
• Untuk mengelakkan kebocoran bateri dan kerosakan alat kawalan jauh, keluarkan
bateri dari alat kawalan jauh jika anda tidak menggunakannya untuk beberapa hari.
Jika anda tersentuh sebarang cecair yang terbocor dari bateri, sila cuci dengan air
secepat mungkin.
Untuk keselamatan diri, jangan
sentuh mana-mana bahagian TV,
wayar kuasa dan kabel antena
semasa kilat.
Jangan letak sebarang benda di atas
TV anda. Jangan dedahkan TV
kepada titisan atau percikan cecair
dan jangan letak sebarang benda
yang mengandungi cecair seperti
bekas bunga di atas TV anda.
Jangan halang ruang pengudaraan
TV. Jangan letakkan TV di tempat
yang tertutup seperti rak buku atau
kabinet.
Jangan buka kabinet dan penutup
belakang TV kerana terdapat voltan
yang tinggi dan bahagian yang
merbahaya di dalam TV. Kerja
membaiki dan membuang TV
hendaklah dilakukan oleh orang
yang berkelayakan sahaja.
2
Untuk keselamatan kanak-kanak,
jangan biarkan mereka menghampiri
TV bersendirian. Jangan benarkan
kanak-kanak memanjat TV.
Jangan pasang TV sekiranya
terdapat sebarang tumpahan
cecair atau pepejal yang terjatuh
ke dalamnya. Pemeriksaan
segera harus dilakukan oleh
orang yang berkelayakan sahaja.
TV anda hanya untuk kegunaan di
rumah sahaja. Jangan gunakan TV
anda dalam sebarang kenderaan
atau di tempat yang amat berhabuk,
panas, lembap atau di tempat yang
mengalami gegaran yang
melampau.
Bersihkan TV dengan kain yang
kering dan lembut. Jangan gunakan
benzina, pencair atau bahan kimia
yang lain untuk membersihkan TV.
Jangan lekatkan apa-apa (contohnya,
pita pelekat, pita selofan, gam) pada
kabinet bercat TV anda. Jangan
calarkan tiub gambar.
Untuk mengelakkan dari berlakunya
kebakaran atau litar pintas, jangan
dedahkan TV kepada hujan atau
kelembapan.
Pasangkan TV di atas rak TV
dan lantai yang stabil serta boleh
menyokong berat TV anda.
Pastikan permukaan rak TV
adalah rata dan luasnya adalah
lebih besar daripada luas
permukaan bawah TV.
Jangan sambungkan terlalu banyak
perkakas elektrik kepada satu soket
kuasa. Jangan rosakkan wayar.
Pegang palam untuk menarik
keluar wayar kuasa TV. Jangan
terus tarik wayar kuasa. Walaupun
TV anda telah ditutup, TV anda
masih bersambung kepada sumber
kuasa AC (kuasa utama) selagi
wayar kuasa TV disambungkan ke
soket. Cabut wayar kuasa TV
sebelum memindahkan TV anda
atau jika anda tidak menggunakan
TV untuk beberapa hari.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Trinitron wega kv-db29

Table of Contents