Bahasa Malaysia - IKEA RULLERUM RMT-28710 Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa Malaysia

Alatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8
tahun ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan
fizikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan
pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau
arahan tentang penggunaan alatan secara selamat
dan memahami bahaya yang terlibat oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-
kanak tidak boleh bermain dengan alatan ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Arahan asal untuk RULLERUM
Kerusi boleh condong dengan penyandar dan tempat
letak kaki ini dikawal melalui butang.
Produk ini hanya boleh digunakan bersama
dengan unit bekalan kuasa yang disertakan.
Ia menjadi tanggungjawab bagi setiap orang
yang memasang, menggunakan, membaiki atau
menyeleggara kerusi boleh condong ini agar
membaca arahan ini secara teliti.
Simpan arahan ini berhampiran dengan modul
sofa boleh condong elektrik ini.
Arahan pemasangan
Kerusi boleh condong dan modul sofa lain perlu
dipasang mengikut arahan pemasangan yang
berasingan.
Cabut unit bekalan kuasa dan letakkannya di atas
lantai. Letak kabel elektrik agar ia tidak rosak.
Butang kawalan terletak di dalam tempat letak
tangan.
Sambungkan kabel elektrik ke soket di dinding.
NOTA: Kabel kuasa hendaklah mempunyai pergerakan
sepenuhnya.
Modul kerusi boleh condong anda sedia
digunakan. Motor terhenti secara automatik
apabila fungsi condong mencondong sepenuhnya
atau pada kedudukan tegak.
30
Penggunaan modul rebah
Mod rebah hendaklah hanya digunakan di dalam
bangunan dan kawasan yang kering dan sebagai unit
umum perabot dengan kedudukan boleh laras.
Sofa tidak boleh terlebih beban - beban maksimum
ialah 136kg/300 lb. Motor mungkin boleh berfungsi
secara berterusan untuk maksimum 2 minit. Motor
hendaklah rehat selama lebih kurang 18 minit
sebelum ia boleh digunakan semula.
PANDUAN PANTAS
Ikut arahan ini semasa melaras kedudukan tempat
duduk.
Butang kawalan terletak pada sisi kanan rangka
tempat duduk.
1. Pastikan tidak terdapat sebarang objek yang
menghalang agar kedudukan modul boleh
condong boleh ditukar tanpa tersekat.
2. Untuk melaraskan kedudukan modul boleh
condong, tekan salah satu daripada butang
kawalan. Butang hadapan untuk mencondongkan,
dan butang belakang untuk menggerakkan
penyandar kepada tegak.
AMARAN
Jangan biarkan kanak-kanak bermain atau
menggunakan butang unit perabot elektrik ini.
Tempat letak kaki terlipat ke bawah apabila kerusi
rebah bergerak ke kedudukan tegak, yang boleh
mencederakan kanak-kanak. Sentiasa tinggalkan
kerusi rebah pada kedudukan tegak. Jauhkan
tangan dan kaki daripada mekanisme. Hanya
orang yang duduk di kerusi rebah yang boleh
mengendalikannya.
© Inter IKEA Systems B.V. 2022
AA-2395734-1

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents