Huawei ELA-B19 Quick Start Manual page 95

Table of Contents

Advertisement

• Sesetengah peranti wayarles mungkin menjejaskan prestasi bantuan pendengaran atau perentak
jantung. Rujuk kepada pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat lebih lanjut.
• Pengilang perentak jantung mencadangkan jarak minimum 15 cm dikekalkan antara peranti dan perentak
jantung untuk mengelakkan gangguan berpotensi dengan perentak jantung. Jika menggunakan perentak
jantung, pegang peranti di sisi bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa peranti anda
dalam poket depan anda.
• Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan berlebihan dan sinaran cahaya matahari langsung. Jangan
letakkan peranti dan bateri di atas permukaan atau dalam peranti pemanasan, seperti ketuhar gelombang
mikro, alat pemanas, atau radiator.
• Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan semasa menggunakan peranti. Untuk mengurangkan
risiko kemalangan, jan gan gunakan peranti wayarles anda semasa memandu.
• Untuk mengelakkan kerosakan bahagian atau litar dalaman peranti anda, jangan gunakan peranti dalam
persekitaran yang berdebu, berasap, lembap, atau kotor atau berdekatan dengan medan magnetik.
• Jangan gunakan, simpan, atau angkut peranti ke tempat bahan mudah bakar atau letupan disimpan
(di stesen minyak, depot minyak, atau loji kimia, sebagai contohnya). Menggunakan peranti anda di
persekitaran ini meningkatkan risiko letupan atau kebakaran.
• Buang peranti ini, bateri, dan aksesori mengikut peraturan tempatan. Ia tidak boleh dibuang sebagai
sampah rumah tangga. Penggunaan bateri yang tidak betul mungkin membawa kepada kebakaran,
letupan, atau keadaan berbahaya yang lain.
• Peranti telah menjalani ujian dan menunjukkan kebolehan kalis air dan debu dalam persekitaran tertentu.
• Peranti mempunyai bateri yang terbina dalam dan tidak boleh ditanggalkan. Jangan cuba menanggalkan
bateri. Jika anda berbuat demikian, peranti mungkin dirosakkan. Untuk menggantikan bateri, bawa
peranti ke pusat servis yang dibenarkan.
• Untuk peranti yang boleh dipalam, salur keluar soket perlu dipasang berhampiran peranti dan boleh
diakses dengan mudah.
• Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti semasa tidak digunakan.
92

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents