Ninja BLENDER PRO WITH AUTO-IQ BN500SM Instructions Manual page 17

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

20 Berhati-hati semasa mengendalikan bilah
pemotong yang tajam, mengosongkan
mangkuk dan semasa pembersihan.
21
Sentiasa tanggalkan perkakas daripada bekalan
kuasa jika ia dibiarkan tanpa pengawasan
dan sebelum memasang, menanggalkan
bahagiannya atau pembersihan.
22 JANGAN biarkan unit atau kabel terjuntai
di tepi meja atau kaunter. Kabel boleh
tersangkut dan menjatuhkan perkakas daripada
permukaan kerja.
23 JANGAN biarkan unit atau kabel menyentuh
permukaan yang panas, termasuklah dapur dan
perkakas pemanasan lain.
24 SENTIASA gunakan perkakas pada permukaan
yang kering dan rata.
25 JANGAN sekali-kali meletakkan pemasangan
bilah pada tapak motor tanpa ia dipasang
terlebih dahulu pada bekas yang sepadan
(mangkuk, jag, cawan) dengan penutup.
26 HANYA gunakan alat tambahan dan aksesori
yang disediakan bersama produk atau yang
disyorkan oleh SharkNinja. Penggunaan alat
tambahan tidak disyorkan atau dijual oleh
SharkNinja boleh mengakibatkan kebakaran,
kejutan elektrik atau kecederaan.
27 Semasa penggunaan dan pengendalian
perkakas, elakkan daripada tersentuh bahagian
yang bergerak.
28 JANGAN gunakan perkakas dengan bekas
yang kosong.
29 JANGAN isikan bekas melebihi garisan ISIAN
MAKSIMUM atau CECAIR MAKSIMUM.
30 JANGAN letakkan sebarang bekas atau
aksesori yang disediakan dengan perkakas di
dalam ketuhar gelombang mikro.
31
JANGAN lakukan operasi mengisar dengan
Cawan Hidangan Tunggal dan Pemasangan
Bilah Pro Extractor™.
32 Sebelum pengendalian, pastikan semua alatan
dikeluarkan daripada bekas. Kegagalan untuk
mengeluarkan alatan boleh menyebabkan
bekas pecah dan berpotensi mengakibatkan
kecederaan diri dan kerosakan harta benda.
33 Jauhkan tangan, rambut, pakaian, serta
perkakas dapur daripada bekas semasa
memproses untuk mengurangkan risiko
kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan
kepada perkakas. Pengikis boleh digunakan
tetapi hanya apabila perkakas tidak dihidupkan.
34 JANGAN sekali-kali mengendalikan perkakas
tanpa penutup dan tukup terpasang. JANGAN
cuba menahan mekanisme berpanca. Pastikan
SIMPAN ARAHAN INI
bekas dan penutup dipasang dengan betul
sebelum pengendalian.
35 JANGAN dedahkan bekas dan aksesori kepada
perubahan suhu yang melampau. Perkakas
mungkin mengalami kerosakan.
36 JANGAN sekali-kali membiarkan perkakas
tanpa pengawasan semasa digunakan.
37 JANGAN kisar cecair panas. Berbuat demikian
boleh menyebabkan pengumpulan tekanan dan
pendedahan stim yang boleh menyebabkan
risiko melecur kepada pengguna.
38 JANGAN cuba menanggalkan bekas dan
penutup daripada tapak motor semasa
pemasangan bilah masih berputar. Biarkan
perkakas berhenti sepenuhnya sebelum
menanggalkan penutup dan bekas.
39 Keluarkan Pemasangan Bilah Pro Extractor
daripada Cawan Hidangan Tunggal selepas
pengisaran selesai. JANGAN simpan bahan
sebelum atau selepas mengisar bahan di dalam
cawan dengan pemasangan bilah terpasang.
Sesetengah makanan mungkin mengandungi
bahan aktif atau melepaskan gas yang akan
mengembang jika dibiarkan di dalam bekas
berkedap lalu mengakibatkan pengumpulan
tekanan berlebihan yang boleh menyebabkan
risiko kecederaan. Untuk penyimpanan bahan
di dalam cawan, hanya gunakan Penutup
Muncung untuk menutup.
40 Rating watt maksimum untuk perkakas
ini adalah berdasarkan pada konfigurasi
Pemasangan Bilah Pro Extractor dan Cawan
Hidangan Tunggal. Konfigurasi lain mungkin
menarik kuasa atau arus yang kurang.
41
Jika anda mendapati terdapat bahan yang
tidak bercampur melekat pada sisi cawan,
hentikan perkakas, keluarkan pemasangan bilah
dan gunakan pengikis untuk mengeluarkan
bahan.
42 JANGAN memproses bahan kering tanpa
menambah cecair pada Cawan Hidangan
Tunggal. Cawan Hidangan Tunggal tidak
digunakan untuk pengisaran kering.
43 Untuk melindungi daripada risiko kejutan
elektrik, JANGAN rendam tapak motor di
dalam air atau cecair lain.
44 Jika perkakas menjadi terlampau panas,
suis terma akan diaktifkan dan motor
dinyahdayakan buat sementara waktu. Untuk
mengeset semula, cabut palam perkakas dan
biarkannya menyejuk selama lebih kurang
15 minit sebelum menggunakannya semula.
SG ninjakitchen.sg | MY ninjakitchen.my
17

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents