Panasonic NP-6F1MLQ Operating And Installation Instructions page 61

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk
Memulakan Kitaran Cucian
1. Masukkan Palam Kuasa ke soket utama. Hidupkan suis utama di dinding. Buka pintu
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dengan sepenuhnya.
2. Isikan detergen dan cecair bantuan membilas. Isikan garam ke Bekas Garam
(sekiranya perlu) dengan mengeluarkan Bakul Bawah.
3. Keluarkan Bakul Bawah, Bakul Atas dan Bakul Kutleri. Isi pinggan mangkuk ke
dalam bakul dan menolaknya masuk.
4. Tutup pintu Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dengan sepenuhnya. Buka bekalan air.
5. Hidupkan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dengan menekan butang OFF/ON diikuti
dengan butang Pilihan Program. Urutan program cucian adalah:
Auto --> Intensif --> Normal --> Eco --> Gelas --> 90 minit --> Pantas --> Rendam.
Sekiranya program dipilih, lampu ikon akan menyala dan masa yang diperlukan
untuk kitaran cucian dikendalikan akan terpapar pada Panel Kawalan.
6. Tekan butang Jeda/Mula untuk memulakan cucian.
(" : " pada paparan masa akan berkelip apabila cucian bermula, " : " pada paparan
masa akan berhenti apabila cucian dihentikan atau jeda.)
Menukar Program
1. Kitaran yang sedang berjalan hanya boleh ditukar sekiranya mesin masih baru
bergerak. Jika tidak, detergen mungkin sudah dikeluarkan dan Mesin Basuh Pinggan
Mangkuk mungkin sudah mengeringkan air cucian. Jika hal ini berlaku, dispenser
detergen harus diisi semula (lihat bahagian bertajuk "Isikan Detergen").
2. Tekan butang Jeda/Mula dan kemudian tekan butang Pilihan Program selama lebih
dari 3 saat untuk membatalkan program yang sedang berjalan.
3. Pilih program baharu.
4. Hidupkan semula Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dengan menekan butang Jeda/
Mula.
Nota:
Sekiranya anda membuka pintu semasa kitaran cucian, Mesin Basuh Pinggan
Mangkuk akan ke mod jeda. Apabila pintu ditutup, Mesin Basuh Pinggan Mangkuk akan
meneruskan pengendalian selepas lebih kurang 10 saat.
Menambah Pinggan Mangkuk semasa Pengendalian
Pinggan mangkuk boleh ditambah pada bila-bila masa sebelum Dispenser Detergen
dibuka.
1. Tekan butang Jeda/Mula untuk menghentikan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk.
2. Buka pintu Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dan tambahkan pinggan mangkuk.
3. Tutup pintu Mesin Basuh Pinggan Mangkuk. Kemudian, tekan butang Jeda/Mula.
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk akan meneruskan pengendalian selepas 10 saat.
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 61
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 61
61
7/19/2016 5:21:15 PM
7/19/2016 5:21:15 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents