LG LGH930DS User Manual page 400

Hide thumbs Also See for LGH930DS:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kegagalan untuk mengikut arahan dalam panduan pengguna dan
penggunaan yang tidak betul boleh merosakkan peranti itu.
Pengecasan wayarles
Peranti ini menyokong ciri pengecasan wayarles. Cas peranti dengan menggunakan
pengecas wayarles Qi yang disahkan (pilihan, dijual secara berasingan).
Mengecas bateri dengan pengecas wayarles
1
Letakkan peranti anda di tengah-tengah pengecas wayarles sejajar
dengan antena pengecas wayarles di belakang peranti.
Untuk memeriksa kawasan antena pengecasan wayarles, lihat
Gambaran keseluruhan bahagian
2
Apabila bateri dicas sepenuhnya, tanggalkan peranti dari pengecas.
Apabila anda mengecas bateri dengan pengecas wayarles, jangan
letakkan bahan magnetik, logam atau konduktif di antara peranti dan
pengecas. Ini mungkin mengganggu pengecasan atau peranti dan
pengecas mungkin menjadi panas. Dalam kes ini, peranti, pengecas atau
kad SIM/Memori mungkin rosak.
Jika suhu bateri melebihi paras tertentu semasa mengecas peranti,
pengecasan mungkin dihentikan.
Sekiranya bahan magnetik, logam atau konduktif dipasang di belakang
peranti atau bekas perlindungan diletakkan, peranti mungkin tidak dicas
dengan betul.
Jika anda mengecas bateri dengan pengecas wayarles di kawasan yang
kekuatan isyarat rangkaian lemah, prestasi rangkaian peranti anda
mungkin lebih rendah.
Cas peranti dengan menggunakan pengecas wayarles Qi yang disahkan
(pilihan, dijual secara berasingan). Oleh kerana jaminan terhad LG tidak meliputi
penggunaan aksesori pihak ketiga, sila hubungi pengeluar pihak ketiga.
Produk ini menyokong pengecasan wayarles. Guna pengecas wayarles yang
disahkan Qi (dijual berasingan) untuk mengecas produk. Sesetengah pengecas
wayarles gegelung mungkin tidak menyokong pengecasan wayarles. Pengecas
wayarles yang menyokong EPP (Profil Kuasa Dilanjutkan) membenarkan
pengecasan wayarles berkelajuan tinggi.
Fungsi Asas
.
56

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lgh930ds.aausbkLgh930ds.aausrpLgh930ds.aseabk

Table of Contents