Download Print this page

LG G262 User Manual page 90

Advertisement

Untuk Keselamatan Anda / Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat
terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Amaran
• Telefon Bimbit mesti dimatikan sepanjang masa di dalam
pesawat.
• Jangan pegang telefon di dalam tangan anda semasa
memandu.
• Jangan gunakan telefon anda berdekatan dengan stesen
minyak, depot bahan bakar, loji kimia atau operasi
peletupan.
• Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan
pengecas yang ditentukan TULEN.
• Jangan pegang telefon dengan tangan yang basah semasa
ia dicas. Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau
kerosakan yang serius pada telefon anda.
• Simpan telefon di tempat yang selamat jauh dari capaian
kanak-kanak. Ini termasuk bahagian-bahagiannya yang
kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik jika
dipisahkan.
Awas
• Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas
menghendakinya. Misalnya, jangan gunakan telefon anda di
hospital kerana ia boleh menjejas peralatan perubatan yang
peka.
• EPanggilan kecemasan mungkin tidak terdapat di bawah
semua rangkaian. Oleh itu, anda tidak harus bergantung
semata-mata pada telefon ini untuk panggilan kecemasan.
• Gunakan hanya aksesori TULEN bagi mengelakkan
kerosakan pada telefon anda.
4
LG-G262
All manuals and user guides at all-guides.com
• Semua pemancar radio mempunyai risiko gangguan jika
berdekatan dengan barangan elektronik. Gangguan yang
sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya.
• Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
• Jangan buka bahagianbahagian telefon atau bateri.
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat
Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption
Rate) (SAR)
Telefon bimbit model LG-G262 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
• Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras
SAR bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka
bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu
2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji
oleh DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 0.497 W/kg
(10g).

Advertisement

loading