Download Print this page

Philips HR1853/00 Manual page 22

Juicer

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu

Petak simpanan kord
I
Tombol kawalan
J
Bekas pulpa
K
Mulakan
Menyediakan jus
1
Bersihkan semua bahagian yang boleh tanggal (lihat bab 'Pembersihan').

Tarikkan kord sesalur keluar dari ruang penyimpanan kord di belakang perkakas.
3
Ketapkan muncung pada pengumpul jus (Gamb. 2).
4
Letak pengumpul jus pada perkakas dan tempatkan turas di dalam pengumpul jus. Pastikan
penapisnya dipasang kukuh pada aci pemacunya (Gamb. 3).
Periksa penuras setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa keretakan atau
kerosakan, jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa
perkakas ke wakil pengedar anda.
5
Tolak bekas pulpa pada perkakas ('klik') dan letakkan tudung di atas perkakas. (Gamb. 4)
6
Ketapkan dua pengapit pada tudung ('klik'). Gelangsarkan penolak ke dalam tiub
suapan. (Gamb. 5)
Pastikan pengapit pada kedua-dua sisi tudung dikunci pada kedudukannya.
7
Letakkan jag jus di bawah muncung (Gamb. 6).
Jag jus mempunyai pemisah busa boleh tanggal. Pemisah busa akan membuang busa dari jus apabila
anda menuang jus ke dalam gelas.
Petua: Bagi mengekalkan kesegaran jus anda agar lebih lama, tutup jag dengan penutupnya selepas
memerah.
Menggunakan pemerah
Perkakas hanya berfungsi apabila semua bahagian dipasangkan dengan betul dan tudung itu dikunci
dengan betul pada tempatnya dengan pengapit.
Jangan kendalikan pemerah melebihi 40 saat pada satu masa apabila anda memproses muatan yang
berat. Biarkan perkakas berehat sebentar sebelum anda teruskan.
1
Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potongkan kepada bahagian-bahagian yang dapat
muat ke dalam tiub suapan.

Pastikan muncung disambungkan pada pengumpul jus dan jag jus berada di bawah muncung.
3
Putarkan tombol kawalan ke tetapan 1 (kelajuan rendah) atau  (kelajuan normal).
-
Kelajuan 1 sesuai khususnya untuk buah-buahan dan sayuran lembut seperti tembikai, anggur,
tomato, timun dan timun.
-
Kelajuan 2 sesuai untuk semua jenis buah-buahan dan sayuran seperti epal, lobak merah dan ubi
bit.
4
Masukkan buah dan/atau sayuran dalam tiub suapan dan tekankannya dengan lembut ke
bawah penuras berputar dengan penolak.
Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir. Malah boleh
juga menyebabkan penuras terhenti.
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub suapan.
5
Jika bekas pulpa menjadi penuh semasa digunakan, matikan perkakas, keluarkan bekas pulpa
dengan berhati-hati dan kosongkannya.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr1854Hr1853