Download Print this page

Bahasa Melayu 1 - Philips HR1853/00 Manual

Juicer

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau
membilaskannya di bawah paip.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau komponen lain sudah rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
-
Jika anda mengesan keretakan di dalam penapisnya atau penapisnya rosak dengan apa cara pun,
jangan gunakan perkakas lagi dan hubungi pusat servis Philips yang terdekat.
-
Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
-
Jangan sentuh pisau kecil di dasar penapis.Ia sangat tajam.
Awas
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang
tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang
sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.
-
Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
-
Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua pengapit terkunci.
-
Bukakan kunci pengapit hanya selepas anda mematikan perkakas dan penuras telah berhenti
berputar.
-
Jangan tanggalkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Medan elektromagnet
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Pemerah jus (Gamb. 1)
Penolak
A
Tudung dengan tiub suapan
B
Penapis
C
Pengumpul jus
D
Muncung
E
Pengapit
F
Aci pemacu
G
Jag jus dengan pemisah busa boleh tanggal dan tudung
H
BaHasa MElayu
1

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr1854Hr1853